Sabtu, 20 Januari 2018

Lelaki Kristian disebat di Aceh kerana jual arak

ANTARAPOS

Post Pic
.
ACEH: Seorang warga Indonesia penganut Kristian dikenakan hukuman sebat secara terbuka semalam selepas didapati bersalah menjual arah di wilayah Aceh.
 
Jono Simbolon dikenakan hukuman sebat dengan rotan di atas pentas di luar sebuah masjid di Banda Aceh.
 
Dia menjadi bukan Islam yang ketiga dijatuhi hukuman sebat di tempat awal sejak Aceh, wilayah di kepulangan Sumatera mula melaksanakan undang-undang Islam selepas diberikan kuasa autonomi pada 2001.
 
“Ini komitmen kerajaan kami untuk menguatkuasakan undang-undang Islam, kata Datuk Bandar Banda Aceh Aminullah Usman.
 
“Jika ada yang melanggar undang-undang, segera laporkan kepada polis syariah dan kami akan menjalankan hukuman seperti hari ini,” katanya.
 
Seorang doktor memeriksa keadaan kesihatan Simbolon selepas sebatan ke-10 sebelum hukuman diteruskan.
 
 
 
Dia antara 10 individu – lapan lelaki dan dua wanita yang dihukum sebat selepas solat Jumaat atas pelbagai kesalah termasuk pelacuran dan perjudian.
 
Sepasang lelaki dan wanita yang ditangkap khalwat dikenakan hukuman 20 sebatan setiap seorang.
 
Simbolon ditahan pada Oktober dan dikenakan hukuman 36 sebatan kerana menjual arak.
 
Kira-kira 98% daripada lima juta penduduk Aceh beragama Islam tertakluk kepada undang-undang Islam, dikenali sebagai Kanun.
 
Bukan Islam yang melakukan kesalahan melanggar undang-undang negara dan Islam – seperti menjual arak haram – boleh memilih dihukum di bawah mana-mana sistem perundangan itu.
 
"Simbolon seorang Kristian tetapi dia memutuskan untuk tunduk kepada Kanun,” kata ketua pendakwa raya Erwin Desman, menambah pesalah itu mungkin memilih hukuman sebat bagi mengelak pendakwaan jenayah yang mengambil masa lebih panjang.

Tiada ulasan: