Khamis, 18 Mei 2017

Tun Mahathir Akan Habis-Habisan Bantu DAP Dalam PRK Pujut

Suara Kebenaran





Lanjutan dari pilihanraya kecil DUN Pujut di Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi, Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir Mohammad telah berikrar akan turun dan berkempen habis-habisan untuk DAP dalam PRK tersebut.

Kehadiran Tun Mahathir dijangka akan mengukuhkan lagi kedudukan DAP di kawasan tersebut dengan calon parti berkenaan dilihat tidak ada masalah untuk mengekalkan kerusi itu walaupun calon terdahulu dikatakan memiliki 2 kewarganegaraan.

Dengan majoriti 1,759 undi yang diperolehi DAP dalam pilihanraya negeri yang lepas, amat mustahil untuk BN merampas kerusi yang dipopulasikan lebih 60% pengundi Cina itu.

Tambah dengan kehadiran Tun Mahathir, peluang calon BN (yang dijangka akan mencalonkan semula calon yang tewas dulu), boleh dikatakan tertutup.  Masyarakat cina diseluruh negara sudah hilang keyakinan terhadap BN, lebih-lebih lagi berikutan kejadian yang berlaku malam tadi membabitkan seorang penerbit cina dengan artis Melayu.

Insiden berkenaan turut memberi kesan kepada kaum cina di Sarawak.

Tiada ulasan: