Rabu, 17 Mei 2017

Tuduhan fitnah terhadap Pas Selangor


Sallehen Mukhyi


SHAH ALAM - Penyebaran kenyataan media Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi yang diputarbelit dan diubah fakta seolah-olah menghentam Presiden Pas adalah fitnah terhadap Pas Selangor.

Ketua Penerangannya, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, kenyataan media yang tular jelas berbeza dengan kenyataan rasmi yang dikeluarkan sebelum ini.

"Nama individu asal yang dinyatakan (Tan Sri Noh Omar) ditukar kepada Presiden Pas dan beberapa ayat akhir kenyataan itu turut ditukar.

"Kita tak tahu apa tujuan mereka, tapi perbuatan itu nampak seperti cubaan untuk memecah-belahkan keharmonian kita," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Katanya, beliau tidak mahu membesar-besarkan isu itu dan menegaskan ia adalah kenyataan palsu yang sengaja dicipta.

Sebelum ini, kenyataan media sebenar yang dikeluarkan Pas Selangor adalah kenyataan balas terhadap Noh yang menuduh tiga exco Pas Selangor dayus jika tidak meletakkan jawatan dalam kerajaan negeri.

Individu yang dimaksudkan paling kecewa dan gagal di dalam kenyataan tersebut adalah merujuk kepada pengerusi Umno Selangor itu dan bukan Presiden Pas.

Tiada ulasan: