Selasa, 23 Mei 2017

Tiada hitam putih ahli PKR letak jawatan dalam pihak berkuasa tempatan

ISMA WEB
 
KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan belum menerima surat ‘hitam putih’ berkaitan peletakan jawatan sebagai anggota majlis pihak berkuasa tempatan dalam kalangan ahli PKR.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, kerajaan negeri masih memberi ruang kepada mereka untuk menjadi ahli majlis.

“Setakat ini kita tidak terima apa-apa hitam putih termasuk daripada wakil PKR yang sudah mengangkat sumpah di beberapa majlis daerah,” katanya selepas majlis angkat sumpah ahli majlis, Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) di sebuah hotel di Kota Bharu hari ini.

MDPP menyediakan tiga tempat kepada pemimpin PKR untuk dilantik sebagai ahli majlis. Tetapi, ketiga-tiganya tidak hadir mengangkat sumpah hari ini.

“Kerajaan negeri masih bersikap terbuka dan berharap mereka dapat berkhidmat bersama-sama sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum akan datang.

“Bagi kita selagi tidak ada surat rasmi perletakan jawatan maka pelantikan itu kekal,” katanya.

Sehingga kini, seramai 37 wakil dari PKR dilantik sebagai ahli majlis di seluruh PBT di Kelantan.

Tiada ulasan: