Sabtu, 6 Mei 2017

Serbuan: MBPP keluar statistik sangkal diskriminasi kaum


Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah mengeluarkan statistik untuk mempertikaikan dakwaan bahawa pegawainya mengamalkan diskriminasi kaum dalam serbuan ke atas perniagaan haram atau merobohkan struktur haram.

Menurut angka yang diberikan oleh MBPP, pegawainya telah menjalankan penguatkuasaan ke atas 305 individu dari Januari hingga April tahun ini.

Berdasarkan pecahan kaum keseluruhan, MBPP telah bertindak terhadap 103 Melayu (34 peratus), 158 Cina (52 peratus), 31 India (10 peratus) dan 13 lain-lain (4 peratus).

Tindakan diambil terhadap 109 peniaga haram - 53 Melayu, Cina (40), India (14) dan lain-lain (dua), kata MBPP.

Pegawai MBPP mengambil tindakan terhadap premis kotor melibatkan tiga Melayu, Cina (tujuh), India (satu) dan lain-lain (tiada).

Mereka merobohkan struktur haram melibatkan lima Melayu, Cina (26), India (satu) dan lain-lain (tiada).
Statistik itu menunjukkan MBPP turut mengambil tindakan ke atas halangan haram yang didirikan oleh 41 orang Melayu, Cina (76), India (15), dan lain-lain (11).

Majlis itu juga bertindak hotel haram melibatkan satu Melayu dan lima Cina, dan empat pusat hiburan Cina.

Pegawai MBPP telah dituduh mengamalkan diskriminasi kaum selepas mereka membuat serbuan terhadap peniaga haram di Tanjung Tokong pada malam Khamis.

Marah dengan tindakan itu, dua peniaga melarikan sebuah lori MBPP, memandunya ke balai polis di Pulau Tikus dan membuat aduan terhadap majlis itu.

Mereka telah pun ditahan oleh polis untuk siasatan.

Semalam, Setiausaha MBPP Yew Tung Siang menafikan pegawainya mengadakan serbuan berasaskan kaum, ke atas peniaga haram atau perobohan struktur yang menyalahi undang-undang.

Tiada ulasan: