Khamis, 4 Mei 2017

Pilihan raya awal Selangor terpulang kepada Sultan, kata Hadi

Oleh Ainor Rahim
Post Pic


MARANG: Kemungkinan diadakan pilihan raya negeri awal di Selangor bergantung kepada perkenan Sultan, demikian kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kemungkinan pilihan raya mengejut diadakan di Selangor, Hadi berkata segalanya terserah kepada Sultan Selangor.

"Itu terpulang kepada Selangor. Selangor ada perlembagaan dia sendiri. Dia rujuk pada perlembagaan Selangor dan terpulang kepada Tuanku Sultan.

"Tuanku ada kuasa dia sama ada nak terima peletakan jawatan itu atau tidak. Tuanku ada hak dia. Itu perlembagaan Selangor mengikut apa yang saya faham," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan pilihan raya mengejut di Selangor selepas majlis pelancaran R2R di Jeti Marang di sini hari ini.

Awal minggu ini, khabar angin hangat menyatakan pentadbiran Selangor sedang goyah apabila sebuah blog mendakwa empat ADUN PKR bakal keluar parti untuk membentuk kerajaan campuran bersama dua lagi ADUN Bebas.

Keenam-enam ADUN itu kononnya menghadap Sultan Selangor petang semalam untuk menyatakan tidak lagi menyokong kepimpinan Azmin di Selangor.

Bagaimanapun, PKR menafikan khabar-khabar itu.


Tiada ulasan: