Rabu, 3 Mei 2017

Pelajar dipaksa minum racun meninggal dunia

Berita Daily Staff

Mangsa yang berusia 15 tahun itu dikatakan telah diberikan cecair itu dengan cara dipegang kaki dan tangan oleh kumpulan pelajar lelaki berkenaan dipercayai akibat menegur perbuatan mereka yang sedang menghidu gam

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun meninggal dunia hari ini, selepas dipaksa minum sejenis cecair dipercayai racun oleh sekumpulan pelajar dalam satu kejadian di pekan Nilai Lama, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Zaldino Zaludin mengesahkan kematian Pravin Selvaraja pada 8.30 malam tadi di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

Pada kejadian Rabu yang lalu, mangsa yang berusia 15 tahun itu dikatakan telah diberikan cecair itu dengan cara dipegang kaki dan tangan oleh kumpulan pelajar lelaki berkenaan dipercayai akibat menegur perbuatan mereka yang sedang menghidu gam.

Mangsa dikatakan telah pergi berjumpa ibunya yang sedang bekerja dalam keadaan sakit perut dan muntah-muntah. Mangsa juga ada memberitahu ibunya bahawa dia telah dipaksa minum racun oleh sekumpulan pelajar di pekan Nilai Lama.

Pihak polis turut mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 328 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun dan juga denda.

Tiada ulasan: