Khamis, 25 Mei 2017

Letupan di Jakarta: Tiada Rakyat Malaysia terlibat - Wisma Putra

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tidak ada warganegara Malaysia terlibat dalam dua insiden letupan bom yang berlaku di Terminal Bas Kampung Melayu, Jakarta Timur, Rabu malam.
 
Dalam kenyataannya, Wisma Putra berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sedang memantau rapi insiden itu dengan pihak berkuasa tempatan.
 
"Warganegara Malaysia yang berada di kawasan kejadian adalah dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan melaporkan diri dengan pihak Kedutaan Besar di Jakarta," katanya.
 
Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dalam letupan bom itu dengan orang awam turut dilapor tercedera dalam kejadian yang menyaksikan dua letupan berlaku dalam tempoh lima minit, yang dipercayai dilakukan pengebom bunuh diri kira-kira 9 malam waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia)


Tiada ulasan: