Jabatan Imigresen akan mengambil tindakan berdasarkan
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) Pindaan
2002 ke atas pegawai yang menggunakan kekerasan terhadap tahanan.
PUTRAJAYA:
Jabatan Imigresen tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tatatertib
terhadap pegawai depot yang menggunakan kekerasan terhadap tahanan.
“Jika hasil siasatan mendapati pegawai tersebut terbukti bersalah melanggar peraturan sebagai penjawat awam, jabatan ini tidak teragak-agak mengambil tindakan tatatertib berdasarkan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) Pindaan 2002,” menurut Jabatan Imigresen dalam satu kenyataan hari ini.
Beberapa media tempatan memetik laporan The Guardian mengenai dakwaan tahanan warga Rohingya mendapat layanan tidak memuaskan dalam isu pemberian makanan dan minuman serta pegawai depot menggunakan kekerasan.
Menurut Imigresen, urusan pemberian makanan dan minuman di depot tahanan dikendalikan kontraktor yang dilantik Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan syarat dan pemantauan ketat.
Tahanan di depot tahanan akan diberi makanan dan minuman pada waktu ditetapkan sebanyak 4 kali sehari, kata Jabatan Imigresen.
“Selain itu, tahanan boleh merujuk kepada pegawai bertugas jika memerlukan makanan atau minuman lebih atau selain waktu makan ditetapkan,” menurut jabatan itu sambil menambah tahanan yang menghadapi masalah kesihatan akan dihantar ke klinik kesihatan atau hospital berdekatan untuk rawatan susulan.
Sebagai langkah awal, pembantu perubatan di depot akan membuat saringan kesihatan fizikal tahanan semasa proses penerimaan tahanan.
Dalam pada itu, menurut Jabatan Imigresen, pihaknya juga mengambil perhatian serius berhubung isu kematian tahanan di depot tahanannya.
Mengikut rekod Jabatan Imigresen, kebanyakan kematian tahanan disebabkan penyakit kritikal atau berjangkit yang dihadapi tahanan sebelum ditempatkan di dalam depot tahanan Imigresen
Tiada ulasan:
Catat Ulasan