Sabtu, 20 Mei 2017

Harap Ada ‘Berita Baik’ Dari IJN Hari Ini – Amanah

Suara Kebenaran





Semua orang tahu Presiden PAS, Hadi Awang adalah kunci kepada semua masalah politik dalam negara ini.  Hadi adalah halangan terbesar kepada usaha untuk memastikan pertandingan satu lawan satu antara Pakatan Harapan dan BN seperti yang diharapkan Penasihat kita, Tun Mahathir, akan menjadi kenyataan.

Tanpa Hadi, impian untuk melihat perkara itu berlaku (pertandingan satu lawan satu) akan menjadi kenyataan.

Justeru, tempoh 48 jam selepas pembedahan Hadi di IJN yang bakal berakhir hari ini, adalah titik penting kepada penyelesaian masalah politik yang menganggu fikiran seluruh rakyat Malaysia hari ini.

Banyak pihak mengharap ada ‘berita baik’ dari IJN hari ini dan jika itu berlaku, Najib boleh bersiap sedia untuk menjadi Ketua Pembangkang dalam PRU14 yang akan datang.  Najib sendiri tahu akan kepentingan itu dan tidak hairan sebaik mendarat selepas balik dari China, dia terus melawat Hadi di IJN.

Bunyinya agak aneh, tapi kunci kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU14 terletak apa yang akan berlaku di IJN hari ini.

Tiada ulasan: