KUALA LUMPUR, Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini mengambil keputusan untuk menarik balik tema sambutan kemerdekaan peringkat negeri ‘Bersih, Cekap, Amanah’.

Keputusan itu diumumkan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), di sini selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO tergempar pagi tadi.

Guan Eng berkata, kerajaan negeri akan menggunakan tema ‘Sehati, Sejiwa’, sama seperti yang diumumkan kerajaan Pusat bagi sambutan kemerdekaan tahun ini.