Khamis, 20 Ogos 2015

Orang No 2 SB tak tahu alasan ditukar ke JPM

MALAYSIAKINI





Bekas timbalan pengarah cawangan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Abdul Hamid Bador berang ekoran ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Abdul Hamid yang telah berkhidmat dengan PDRM selama 37 tahun, menerima surat pertukarannya semalam.

Bagaimanapun, beliau tidak tahu alasan mengapa pertukaran itu dibuat.

"Saya tak tahu atas alasan apa saya ditukarkan. Mungkin mereka tidak mahu saya berada di situ," katanya kepada Malaysiakini.

"Hal pertukaran saya ini, awak kena tanya IGP (Tan Sri Khalid Abu Bakar) kerana beliau yang mengesahkan surat pertukaran saya," katanya ketika dihubungi.

Diasak berikutnya, Abdul Hamid berkata beliau sebenarnya "tiada masalah" ditukarkan ke mana sahaja.
"Saya OK, tidak ada masalah (ditukarkan ke mana-mana). Jangan tanya saya kenapa saya ditukarkan, tanya mereka lah. saya tidak mahu buat spekulasi," katanya.

Ditanya sama ada pertukarannya berkaitan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdul Hamid berkata: "Tiada komen.


Tiada ulasan: