MALAYSIAKINI
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berkata beliau
berasa gembira dengan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
yang membuat pusingan 'U' berkaitan kebebasan bersuara yang menjadi hak
rakyat Malaysia.
"Saya
berasa gembira sebab sejak akhir-akhir ini dia (Mahathir) dah pandai
bercakap pasal kebebasan bersuara. Sebab masa dia jadi PM dulu dia
langsung tak kisahkan kebebasan bersuara ni," katanya kepada
Malaysiakini.
Mengulas mengenai Dr Mahathir yang mempertahan Tengku Mahkota Johor
Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang memberi pandangan mengenai
ketidakhadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam dialog
berkaitan 1MDB, Nazri berkata raja tidak boleh terlibat dalam politik
kerana Malaysia berpegang teguh kepada sistem raja perlembagaan yang
meletakkan raja di atas politik.
"Ini adalah konvensyen negara yang amalkan sistem ini. Oleh itu raja tak boleh terlibat politik," katanya.
Semalam, Dr Mahathir
mengulas kenyataan Nazri terhadap Tunku Ismail supaya tidak terlibat
dengan politik, berkata tengku mahkota itu mempunyai hak yang sama untuk
bersuara kepada sesiapa shaja mengikut undang-undang.
Tengku Mahkota itu berkata rakyat tidak sepatutnya dipersalahkan kerana
hlang keyakinan dan kepercayaan kepada Najib selepas beliau gagal hadir
dalam forum 'Nothing2Hide' pada 5 Jun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan