Isnin, 16 Mac 2015

Siasat semula kes Teoh Beng Hock

 
Bagi memastikan keadilan kepada semua pihak termasuk keluarga mendiang Beng Hock, PDRM memerlukan masa untuk menyiasat pelbagai sudut


Teoh Beng Hock_khalid_300


KUALA LUMPUR: Siasatan ke atas kes kematian Teoh Beng Hock akan dibuka semula, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, Selasa.

Menurut beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dengan serta-merta membuka semula siasatan dan menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes tersebut berikutan arahan Jabatan Peguam Negara.

“Siasatan menyeluruh masih dijalankan. Justeru, tidak timbul isu pihak berkuasa, khususnya PDRM dalam kes ini tidak mengambil sebarang tindakan atau ingkar arahan Mahkamah Rayuan,” tegas beliau dalam satu kenyataan, Selasa.

Bagi memastikan keadilan kepada semua pihak termasuk keluarga mendiang Beng Hock, tambah Khalid, PDRM memerlukan masa untuk menjalankan siasatan yang merangkumi pelbagai sudut, lapor BH Online.

Mahkamah Rayuan pada September tahun lalu menukar keputusan terbuka dalam kes kematian Beng Hock dan memutuskan bahawa kematiannya sebagai tindakan menyalahi undang-undang oleh seorang atau beberapa orang yang tidak dikenali.

Menurut Khalid, pihaknya akan memaklumkan kepada pendakwaraya berhubung status hasil siasatan yang sedang dijalankan dari semasa ke semasa.

Justeru, beliau meminta semua pihaksupaya memberi kerjasama bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan dengan baik dan tidak mempolitikkan isu berkenaan.

Khalid juga mengingatkan semua pihak supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat dan menjejaskan reputasi agensi penguatkuasa.

Tiada ulasan: