Rabu, 4 Mac 2015

PAS Kelantan tak layan lagi gesaan tangguh hudud

ANTARAPOS.COM


Post Pic



KOTA BARU: PAS Kelantan tidak akan lagi melayan seruan DAP supaya menangguhkan pindaan kepada Kanun Jenayah Syariah 1993 diselitkan dalam dua rang undang-undang persendirian yang bakal dibentang di Parlimen.

Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, sebarang penerangan diberikan mengenai agenda hudud tidak akan membawa manfaat.

“Saya telah memberi sebab-sebab kerajaan Kelantan memperjuangkan hudud kepada pemimpin tertinggi DAP sekurang-kurangnya empat kali. Apa lagi yang mereka mahu.

Sekali lagi, saya menekankan hudud Kelantan diperjuangkan sebelum wujudnya Pakatan Rakyat dan seruan supaya tangguh pembentangan undang-undang hudud itu bulan ini harus dihentikan,” katanya selepas menghadiri mesyuarat exco di sini pagi tadi.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan dan juga pengerusi jawatankuasa teknikal hudud negeri diminta mengulas gesaan terbaru Penasihat DAP Lim Kit Siang, supaya menangguhkan pindaan itu pada 18 Mac, sehingga draf asal sudah dikaji oleh majlis pimpinan PR.

Tiada ulasan: