Ahad, 22 Mac 2015

Homestay JKKK turut memperkenalkan pelawat datang ke daerah Sabak Bernam

ELBI RISALAH


Selepas kira-kira  enam tahun beroperasi, kini Homestay JKKK Kampong Sungai Haji Dorani, Sungai Besar berjaya menarik minat ramai pelawat datang ke daerah Sabak Bernam meninjau berbagai  aktiviti pertanian  , perusahaan Industri kecil Sederhana (IKS) dan tempat-tempat sejarah.

Menceritakan sejarah penubuhannya, Ketua Kampong Sungai Haji Dorani, Encik Mat Ismail Basir , berkata tercetusnuya hasrat menubuhkan Homesstay JKKK berikutan  dalam tahun 2009 lalu ada sebuah rombongan pengantin dari negeri di utara Semenanjung datang ke kampung tersebut.

Aktiviti naik gerabak motor menjadi kegemaran kalangan pelajar untuk melawat sekitar Kampong Sungai Haji Dorani.

" Rombongan pengantin tersebut pada awalnya berhasrat menginap di resort yang ada di kampung ini. Kerana kosnya agak mahal dan jumlahnya ramai, mereka meminta jasa baik JKKK untuk memberi kemudahan Balai JKKK sebagai penginapan sementara dan telah di beri kebenaran ".

Katanya, memandangkan Balai JKKK tidak ada kemudahan penginapan rombongan tersebut terpaksa tidur di atas lantai sahaja tanpa tikar dan bantal. Hal tersebut kemudiannya telah dibincang dalam mesyuarat bulanan JKKK dan dari situ lahirlah hasrat menubuhkan Homestay JKKK yang dikelolakan oleh Biro Pelancongannya.

Kemeriahan terbayang di wajah kanak-kanak yang menyertai aktiviti naik sampan dan naik rakit semasa datang berkunjung ke Homestay JKKK Kampong Sungai Haji Dorani.


Oleh kerana tidak ada sumber kewangan dan bantuan luar, Homestay JKKK pada mulanya hanya mengelolakan lawatan sehari tanpa menginap kepada pelawat dengan mengenakan sedikit bayaran sahaja serta tidak ada perkhidmatan makan minum untuk mereka..

Encik Mat Ismail menjelaskan lagi , di bawah kelolaan Penyelia Homestay JKKK, Haji Ab.Jalil bin Ambot yang pernah bertugas dengan sebuah  agensi pelancongan dan bekas pemimpin pertubuhan belia kampungnya, Homestay JKKK telah dikenali ramai dan dapat bersaing dengan homestay lain di daerah Sabak Bernam serta lebih awal ditubuhkan.

" Alhamdulillah, sekarang Homestay JKKK telah mempunyai aset dari segi peralatan audio / video , peralatan jamuan pelawat, peralatan aktivitinya dan kewangan yang mencukupi, " , katanya.

Menyentuh matlamat Homestay JKKK di tubuhkan, Encik Mat Ismail menjelaskan, pada peringkat awal hanya  terhad untuk memperkenalkan Kampong Sungai Haji Dorani serta pengusaha IKS di kampung itu kepada pelawat luar semata-mata., di samping menyediakan kemudahan rumah penginapan .

Dengan bertambahnya bilangan pelawat dan atas saranan diterima daripada mereka, Homestay JKKK telah  memperluaskan aktiviti lawatannya  ke peringkat daerah Sabak Bernam  pula.

" Mulai dua  tahun lalu Homestay JKKK turut memperkenalkan pula perusahaan-perusahaan  IKS kampung lain dan tempat lawatan yang ada di daerah Sabak Bernam seperti Muzium Pertanian dan Perikanan , kawasan kelip-kelip dan burung , Masjid Jin , Mini Muzium Wak Surgi, IKS Nata De Coco, Rumah Ukiran Kayu dan sebagainya ". katanya.

Pelawat membeli belah di salah sebuah perusahaan IKS yang terdapat di Kampong Sungai Haji Dorani.

Beliau menambah, semenjak penubuhan Homestay JKKK banyak faedah diperoleh oleh penduduk kampungnya . Seperti berjaya dan dapat meluaskan pasaran berbagai jenis perusahaan IKS, menambah pendapatan tuan punya rumah homestay , kewangan tambahan pembekal makanan pelawat dan memberi pekerjaan sambilan kepada kalangan belia.

" Homestay JKKK banyak mengalami perubahan kemajuan sejak dari penubuhannya. Ini termasuk menyediakan berbagai jenis pakej lawatan sesuai dengan kemahuan dan cita rasa pelawat yang datang berkunjung , " ujarnya lagi.

Homestay JKKK menyediakan kolam ikan khas untuk aktiviti memancing ikan tanpa terhad ketika musim bersawah sahaja.

Di antara pakej ditawarkan: Menyediakan rumah-rumah penginapan homestay untuk keluarga dan rombongan pelawat, lawatan sehari hingga lawatan tiga hari dua malam, pakej rekreasi di pantai, kajian kebudayaan dan ekonomi serta kemudahan lokasi penggambaran drama TV / Filem.

Menjawab pertanyaan , Encik Mat Ismail berkata pakej terbaru yang akan dilancarkan tidak lama lagi ialah ' Pakej Makanan Kampung ' di mana pelawat boleh datang ke Kampung Sungai Haji Dorani semata-mata untuk menikmati berbagai jenis makanan, tanpa perlu menyertai pakej lawatan atau  menginap di rumah homestaynya.

" Di antara makanan yang dicadangkan ialah masakan lauk ' pecal lele ', nasi ambeng, wadai kepeng, lauk kulit lembu sambal taun, pecal Jawa, ikan masak ompok dan lain-lain masakan suku kaum Melayu yang ada di kampung ini ," tambah beliau lagi

Beliau menjelaskan, Homestay JKKK turut menyediakan kemudahan maklumat kepada mereka yang  ingin berkunjung ke Kampong Sungai Haji Dorani melalui talian 019-911 4470 ( Penyelia Homestay JKKK ) , email : kampongshd@gmail.com, website:http://homestayjkkk.blogspot.com/ , facebook dan whatsapp talian 017-290 4787.

Aktiviti naik sampan untuk pelawat berkeluarga.


.