Jumaat, 20 Mac 2015

Bekalan air: 65,796 rumah terjejas

SINAR HARIAN

Syabas Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas)
 
 
 
KUALA LUMPUR - Sebanyak 20 kawasan di Klang dan Shah Alam, Selangor melibatkan 65,796 buah rumah dijangka terputus bekalan air dan berhadapan masalah tekanan air rendah hari ini.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan berkata gangguan itu berikutan berlaku kebocoran pada paip keluli lembut bersaiz 1,700 milimeter.

"Berikutan itu bekalan air dari Bukit Mayong ke Lambee pada jajaran paip di Bukit Cherakah yang bocor perlu ditutup bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dilaksanakan segera," katanya.

Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, kerja-kerja pembaikan yang dimulakan sejak 1 tengah hari masih dilakukan dan belum dapat dijangka bila siap.

Bagi mengurangkan kesulitan pengguna, bantuan bekalan air kecemasan akan diberikan menerusi lori tangki dan tangki air statik selepas tempoh 24 jam, kata Syabas. - Bernama

Tiada ulasan: