Isnin, 15 Disember 2014

Ustaz Nik Zawawi jawab tohmahan terhadap Ulama

DETIK DAILY  




MUTAKHIR ini, tohmahan dan fitnah terhadap alim ulama semakin menjadi-jadi dan berlegar di lamanlaman sosial dan blog. Dengan kemajuan teknologi, fitnah semakin berleluasa dan seolah-olah sukar dibendung lantaran sikap segelintir ahli parti dan orang di luar parti yang ingin melihat kemusnahan PAS.



Bagi Pemangku Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Ustaz Nik Muhammad Zawawi Saleh , fitnah dan tohmahan terhadap alim ulama ini merupakan perkara lazim pada akhir zaman. Ikuti temubual wartawan HARAKAH, HAZAYANI ZAKARIA bersama beliau

WARTAWAN: Bagaimana ustaz melihat tindakan pi hak tertentu seperti penulis blog yang memfitnah dan membuat toh mahan terhadap golongan ulama dan bagaimana ustaz menanganinya? 

USTAZ NIK ZAWAWI: Fitnah dan tohmahan adalah satu perkara yang biasa dalam arus perjuangan Islam kerana perjuangan Islam ini satu perjuangan yang memang diuji Allah SWT. Sama ada ujian berbentuk dalaman atau luaran.

Sebab itu kalau kita lihat Rasulullah s.a.w. sendiri seorang manusia yang paling sempurna atas muka bumi Allah, yang maksum, tidak ada dosa, masih lagi dikritik dan dicemuh oleh kaumnya sama ada dari luar mahupun dari dalam.

Jadi sebab itu fitnah atau tohmahan dan cemuhan yang dilemparkan kepada alim ulama ini adalah satu perkara yang biasa dan itu adalah satu proses Allah SWT nak jadikan dosa yang ada pada alim ulama ini digugurkan dan diampunkan oleh Allah kerana salah satu daripada kaedah pengampunan dosa dari Allah iaitu apabila ditimpa musibah, diancam, difitnah dan sebagainya maka dosanya akan diampun oleh Allah SWT. Jadi sebab itu isu tohmahan kepada ulama ini dari kaca mata ulama perkara ini biasa.

Cuma yang keduanya dari kaca mata dosa dan pahala orang yang melempar fitnah. Ini adalah satu benda yang sangat besar. Perkara yang dimurkai oleh Allah SWT dan dosa dia tak akan diampun oleh Allah sehingga orang yang dituduh itu memaafkan dia. Itu kaedah dalam Islam.

Jadi sebab itu kita menasihatkan kepada semua (ahli, kepimpinan) supaya setiap gerak geri, percakap an dan pertuturan, tulisan kita jangan sesekali menggambarkan kita ini tidak takut kepada Allah SWT dan kita tidak ambil kira dosa dan pahala dalam apa-apa kegiatan kita.

Apa pandangan ustaz terhdap pertikaian terhadap kewibawaan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang?

Pertikaian terhadap Presiden parti kita ini adalah satu perkara ancaman kepada alim ulama dan ini adalah lumrah tetapi tidak sepatutnya berlaku dalam kalangan ahli-ahli di mana saya lihat tohmahantohmahan itu dilemparkan oleh segelintir daripada ahli-ahli yang bermasalah.

Sebenarnya mereka ini bermasalah, mereka tidak berpuas hati dengan parti dan sebagainya jadi mereka membuat tuduhan dan mereka mendesak presiden kita supaya berundur, jadi bila saya nilai secara adil, perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku dalam Harakah Islamiyah.

Tambahan pula Presiden kita adalah seorang diiktiraf di mata dunia bahkan dilantik menjadi Timbalan Ulama Sedunia jadi sebab itu kita rasakan orang yang mengkritik ini kadang-ka dang kalau nak ban ding antara dia dan pimpin an PAS yang ada sekarang ini saya boleh sebut antara la ngit dengan bumi.

Yang mengkritik ini kita lihat jasa dia kepada perjuangan Islam, saya tak nampak ada jasa. Jadi sebab itu saya minta kepada semua pihak jadikan perjuangan ini sebagai perjuangan yang diredai oleh Allah SWT dan kita mesti akur kepada adab dan budaya di dalam perjuangan Islam dan kita ada saluran untuk menegur.

Parti kita ini sangat terbuka dan sentiasa mengalu- alukan pandangan da ri dalam dan luar dan pandangan-pandangan ini mesti disalurkan melalui parti dan perlu berjumpa secara terus dan cakap secara peribadi apa yang boleh dilaksanakan oleh parti kita.

Jangan kita menggunakan media sosial, kita menghentam membabi buta dan saya lihat kritikan yang dibuat ini sebagai hobi untuk menarik perhatian pembaca- pembaca facebook se bagainya untuk menarik orang lain. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan biarlah kita kenal siapa musuh kita yang sebenar dan ke mana peluru yang kita nak halakan dan barulah perjuangan kita mantap dan diberkati oleh Allah SWT.

Tiada ulasan: