Roketkini.com
KUALA LUMPUR: Atas kesedaran kepentingan
pendidikan, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng menaja sepuluh pelajar
sekolah rendah berusia 7 tahun hingga 12 tahun untuk mengikuti tuisyen
Bahasa Inggeris secara percuma mulai tahun hadapan.
Menurut Lip Eng, program perintis yang akan dimulakan pada
Januari 2015 ditanggung sepenuhnya oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen
Segambut, dan akan turut melibatkan mahasiswa sebagai tenaga pengajar.
“Ini merupakan kelas tuisyen pertama yang dipilih di
kawasan Parlimen Segambut dan kami akan cuba membawa program tuisyen ini
ke tempat lain seperti Kampung Sungai Penchala sekiranya ia menunjukkan
hasil,” kata Lip Eng dalam satu kenyataan.
Tambahnya, program tuisyen Bahasa Inggeris percuma itu
ditetapkan pada setiap Ahad bermula 8 Januari tahun hadapan di premis
PASTI Al-Huda, Segambut Bahagia.
“Kami menekankan kualiti pengajaran dan bukan kuantiti,”
ujarnya sambil menambah bahawa pelajar-pelajar daripada keluarga yang
kurang berkemampuan mendapat wajar pendidikan berkualiti.
“Kepentingan menguasai Bahasa Inggeris membuka peluang
(lebih) luas kerana ia merupakan bahasa utama komunikasi antarabangsa,”
kata Lip Eng. – Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan