Selasa, 23 Disember 2014

Senarai Ranking Sekolah SBP, MRSM Terbaik PT3 2014? Keputusan PT3 Kecewakan Pelajar & Ibubapa?




Pelajar Terbaik PT3 2014



Senarai Sekolah SBP, MRSM Terbaik PT3 2014? Keputusan PT3 2014 Kecewakan Pelajar & Ibubapa. Inilah realiti sistem pendidikan di Malaysia. Memang terbukti hari ini ranking Malaysia dalam PISA adalah kedua paling teruk di Asia Tenggara dan di tangga 52 daripada 65 negara.

Sedangkan Vietnam yang negara mereka baru sahaja membangun di kedudukan bawah 20. Apatahlagi negara jiran kita Singapura dan China yang terus mendahului berbanding negara-negara barat.

KLIK SIINI : Ranking Sistem Pendidikan di Malaysia (PISA) : 
Kedua Tercorot Di Asia Tenggara. Punca? Salah Pelajar & Guru!

Jadi ia satu perkara yang serius, jikalau tidak dirombak daripada sekarang kita akan bercakap, bercakap dan bercakap lagi tentang masalah dan kegagalan sistem pendidikan di Malaysia pada masa akan datang. Tetapi, biarlah rombakan yang dilakukan itu tidak memberikan tekanan besar kepada para pelajar terutamanya dek kerana pelaksanaan yang tidak sistematik dan teratur

Ya….Berita Semasa sedia maklumkan ramai yang melemparkan rasa tidak puas hati disebalik keputusan PT3 2014 yang keluar semalam. Realitinya selama ini, sistem pendidikan yang terlalu berorientasikan peperiksaan.
  • Paras gred keputusan PMR sebelum ini contohnya diturun naikkan sehingga terdapat lambakan A di pasaran.
  • Hasilnya ada A yang diperolehi tidak benar-benar ada kualitinya, tetapi hanya kuantiti semata baru boleh dapat A = 80. Lebih 40 markah baru lulus. Sebelum ini?
Daripada sekarang, negara perlu melahirkan lebih ramai pelajar yang “critical, analytical n creative thinking” bukan hanya menghafal fakta dan nota semata. Insyaallah.

Senarai Ranking Sekolah SBP, MRSM Terbaik PT3 2014?

Ramai-ramai yang masih lagi tertanya apakah senarai sekolah SBP terbaik dan top ranking bagi MRSM untuk peperiksaan PT3 2014 kali ini?

Semakan Berita Semasa terhadap senarai SBP di Malaysia, mendapati jumlah yang dapat semua A menurun dikebanyakan sekolah SBP di Malaysia.
  • Sekolah Sains Muzaffar Syah Melaka (MOZAC) : 21 orang
  • Kolej Tunku Kurshiah Negeri Sembilan : 11 orang
  • Sekolah Sains Tengku Muhammad Fariz Petra Kelantan : 10 orang
  • Sekolah Sains Tapah Perak – 10 orang
  • Sekolah Sains Hulu Selangor – 43 orang
  • Sekolah Alam Shah Selangor – 58 orang
  • Sekolah Tun Fatimah Johor – 26 orang
  • Kolej Melayu Kuala Kangsar Perak (MCKK) – 8 orang
  • Sekolah Datuk Abdul razak (SDAR) Negeri Sembilan – 1 orang
Untuk makluman senarai GPS SBP masih tidak lagi tidak lengkap ketika Berita Semasa perolehi sebelum ini. Walaubagaimanapun, hakikatnya, sekarang ini kita tidak boleh bandingkan lagi sekolah terbaik atau pelajar terbaik PT3 contohnya kerana setiap sekolah mempunyai set soalan PT3 yang berlainan. Tumpukan kepada persediaan pelajar daripada sekarang bagi menghadapi peperiksaan yang lebih penting iaitu SPM kelak.

Cuma diharapkan kepada pihak kementerian, perbaiki cara pelaksanaan anda. Berikanlah “masa yang secukupnya” kepada pelajar-pelajar untuk “menghadam” sistem baru PT3 ini yang dilaksanakan secara “ad hoc”, diumumkan lewat ini.

P/S : Cukuplah dicampakkan tekanan berjihad anak-anak kita hari ini untuk seberapa banyak ilmu di peringkat sekolah, tidak usahlah ditambahkan lagi beban ke atas mereka dek kerana sistem pelaksanaan yang carca merba. Diharapkan, boleh diperbaiki lagi dari segi perlaksanaan. Insyaallah. Amin.

PP/S : Zaman untuk membandingkan keputusan peperiksaan di Facebook, Twitter bakal berakhir. Insyaallah. Tumpukan kepada persediaan anak-anak kita ke arah pelajar yang berfikiran aras tinggi, membuat penaakulan.

PPP/S : Apa pandangan & cadangan anda secara jujur dari kalangan guru dan ibu bapa, disebalik keputusan PT3 2014 kali dan harapan anda di masa akan datang bagi pelaksaan PT3 kelak?

Tiada ulasan: