Ahad, 7 Disember 2014

Pertubuhan Bible tuntut S'gor mohon maaf

MALAYSIAKINI

Pertubuhan Bible Malaysia (BSM) hari ini mendakwa tindakan mengecop Bible berbahasa Melayu dan Iban yang dirampas Selangor sebelum ini mencemarkan kitab suci itu.

"Kami tuntut permohonan maaf daripada pihak berkuasa agama Selangor kerana mencemarkan kitab suci kami, selepas menyerbu premis kami awal tahun ini,” kata Presiden BSM Datuk Ng Moon Hing.

“Bible yang tercemar dan dicop itu kini tidak boleh diedar atau digunakan kerana ia hanya sesuai sebagai barang muzium.”

Cop yang dipertikaikan itu berbunyi:

“Penggunaan terhad kepada orang bukan Islam sahaja dan tidak boleh diterbitkan atau digunakan di mana-mana bahagian dalam negeri Selangor selaras dengan Seksyen 9(1) Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988. ”

Turut dimuatkan versi sama dalam bahasa Inggeris.

Sebanyak 30 Bible yang dicop itu antara 321 yang dirampas daripada BSM oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 2 Januari dan dipulangkan kembali awal bulan ini dalam majlis disertai sultan Selangor.

Tiada ulasan: