MALAYSIAKINI
Wanita Umno bahagian Nibong Tebal kesal dengan tindakan Naib Ketua Umno
bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan yang menggunakan “media
pembangkang” untuk menyerang Umno negeri.
Ahkbar Utusan Malaysia melaporkan, Ketuanya, Sopiah Sharif
berkata, tindakan Khairuddin menyerang Umno negeri dengan pelbagai
tohmahan itu boleh diselesaikan secara baik dengan Badan Perhubungan
Umno negeri itu.
Malah, katanya, tindakan Khairuddin (kanan) itu juga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli Umno yang tidak mahu hal dalaman parti dijaja kepada pihak luar.
"Kita tidak berpuas hati dengan kenyataan Khairuddin yang menggunakan
media pembangkang sedangkan dia boleh membuat kenyataan menerusi saluran
yang bersesuaian dengan Umno," beliau dipetik sebagai berkata.
Justeru, Sopiah berkata, beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti
untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap Khairuddin yang dilihat
membawa imej buruk kepada Umno, lapor akhbar Umno itu.
Dalam wawancara bersama Malaysiakini minggu lalu, Khairuddin memberi amaran yang BN mungkin berhadapan dengan kalah lebih teruk dalam pilihan raya akan datang.
Ini kerana pemimpin negeri yang dipilih Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melantik pemimpin-pemimpin yang "tidur".
Malah, Khairuddin secara terbuka turut menggesa agar Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman ditukar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan