Rabu, 24 Disember 2014

DAP pun sedia nilai semula kerjasama

 
Teresa Kok mengingat kan PAS supaya tidak melanggar perjanjian semasa penggabungan PR. DAP akui akan konsisten menentang pelaksanakan Hudud.


PAS DA hudud


SHAH ALAM : Sekiranya PAS bertindak untuk menilai semula tahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat (PR) berkenaan pelaksanaan hukum Hudud, DAP juga boleh melakukan perkara yang sama.

Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok berkata, pelaksanaan hukum Hudud tiada dalam dasar semasa penggabungan tiga komponen parti bagi membentuk PR.

“Semasa kempen PRU13 (Pilihan Raya Umum 13) tiada pun kempen untuk kita laksanakan Hudud.
“Cumanya kita hormat PAS sokong Hudud sebab untuk memperjuangkan Islam, itu sahaja,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Seputeh turut mengingatkan PAS supaya tidak melanggar apa jua perjanjian yang telah pun termeterai semasa penggabungan dalam PR.

“Memang kita akan menentang tindakan PAS untuk laksanakan Hudud. Sebab memang dari dulu kita konsisten tidak bersetuju. (Penasihat DAP), Lim Kit Siang juga sudah menjelaskan yang DAP tidak setuju,” ujarnya.

Baru-baru ini, media melaporkan PAS bersedia menilai semula tahaluf siyasi (kerjasama politik) yang dibuat antara parti komponen PR berikutan tindakan DAP yang berterusan mempertikaikan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob berkata, tahaluf siyasi boleh dinilai semula sekiranya ada tindakan yang boleh menimbulkan ketegangan antara parti komponen.

“Apa-apa perjanjian atau kerjasama boleh dinilai semula apabila menampakkan sesuatu tindakan yang mampu mencetuskan ketegangan.

“Penilaian semula ini supaya kita boleh melihat di mana titik tolak tahaluf siyasi itu dalam konteks yang sebenar,” katanya.

Tiada ulasan: