WARTA UTARA
TELUK
INTAN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun meninggal dunia
sejam selepas makan bersama bapanya di sebuah kedai makan, di sini.Bapa
mangsa, Hamzah Mat Som, 48, berkata, di kedai berkenaan, anaknya, Nuran
Zuriman Hamzah, menikmati nasi goreng cina manakala dia hanya makan
kentang goreng.
Menurutnya, ketika itu anaknya berselera menjamah hidangan berkenaan
tanpa menunjukkan sebarang perubahan sehingga pulang ke rumah.
“Sebaik sampai di rumah kira-kira jam 7.30 malam, arwah terus bermain
permainan video, tiba-tiba arwah berlari ke bilik air dan muntah-muntah.
"Kami tak syak apa-apa pada mulanya namun sebaik keluar bilik air arwah
terus rebah dan tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui di Unit
Forensik Hospital Teluk Intan, di sini, kelmarin.
Hamzah berkata, selepas melihat anaknya pengsan, dia segera menghubungi ambulan untuk dibawa ke hospital bagi menerima rawatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd
Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya mengesahkan kejadian berkenaan dan
kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut.-S/Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan