Lelaki warga Amerika Syarikat yang ditahan atas cubaan membunuh diri Lelaki warga Amerika Syarikat yang ditahan atas cubaan membunuh diri
 
 
GEORGETOWN - Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki dipercayai warga Amerika Syarikat yang nekad terjun dari tingkat empat sebuah hotel di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi, lelaki berusia 50-an itu dipercayai memecahkan cermin tingkap di laluan kecemasan di tingkat empat hotel berkenaan, sebelum cuba terjun.

Bagaimanapun,  anggota bomba yang bergegas ke tempat kejadian berjaya meredakan keadaan selepas usaha memujuk dan menasihatinya selama setengah jam.

Pemangku Penyelia Balai Bomba Lebuh Pantai, Wan Chik Ismail berkata, pihaknya terpaksa menggunakan kaedah psikologi untuk memujuk mangsa berikutan keadaannya yang terlalu agresif.

"Lelaki itu dipercayai bertindak demikian kerana mengalami tekanan perasaan. Kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.