MALAYSIAKINI
Sebuah insiden runtuhan melibatkan konkrit cair bagi lantai LRT di projek depot Ampang di Puchong petang ini.
Empat mangsa dipercayai terperangkap.
Kejadian berlaku di tapak projek di Kampung Kuala Sungai Baru, Putra Height pada jam 4.20 petang tadi.
"Operasi mencari sedang giat dijalankan," menurut tulisan di Twitter bomba.
Projek sambungan LRT itu diuruskan oleh Prasarana Malaysia Bhd.
Prasarana dalam kenyataannya lewat petang ini menjelaskan, acuan dan
perancah projek runtuh ketika kerja-kerja membina konkrit papak geladak (deck slab).
Selain empat orang yang dipercayai terperangkap setakat ini, empat lagi
mengalami kecederaan ringan dan kini dirawat di hospital berdekatan.
Pasukan polis dan penyelamat sudah berada di tapak kejadian, menurut Prasarana lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan