Jumaat, 18 Julai 2014

Kes buli: Kiki ditahan polis


Wanita yang digelar "kiki" atau Siti Fairrah Ashykin Kamarudin, 30, (tiga, kiri) keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan selepas memberi keterangan berhubung tindakannya menyerang dan mengetuk kereta pesara kerajaan, Sim Siak Heong, 68, selepas berlaku kemalangan kecil pada Isnin lepas di Kuantan, hari ini. - Foto Bernama Wanita yang digelar "kiki" atau Siti Fairrah Ashykin Kamarudin, 30, (tiga, kiri) keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan selepas memberi keterangan berhubung tindakannya menyerang dan mengetuk kereta pesara kerajaan, Sim Siak Heong, 68, selepas berlaku kemalangan kecil pada Isnin lepas di Kuantan, hari ini. - Foto Bernama


SHAH ALAM - Siti Fairrah Asyikin, 30 atau lebih dikenali sebagai Kiki, yang dirakam membuli seorang warga emas di kawasan tempat letak kereta di Kuantan Isnin lalu ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Dilaporkan, Kiki hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada jam 4.00 petang bersama ibu, ayah dan keluarganya sebelum ditahan.

Dalam insiden itu, Kiki yang memandu kereta Peugeot putih bertindak membuli pesara yang terlanggar keretanya.

Dia bagaimanapun sudah pun memohon maaf dan mengakui kesalahannya kepada Sim Siok Hong, 67, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada petang hari kejadian.

Menurut laporan Bernama yang memetik Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, polis kini sedang menyiasat daripada pelbagai sudut mengenai kejadian yang tersebar luas di media sosial itu.
  
"Polis juga sedang mengesan pengunci stereng yang digunakan wanita terbabit untuk mengetuk kereta warga emas berkenaan.
  
"Mengikut keterangan awal, wanita itu mendakwa telah membuang pengunci stereng itu di sekitar bandar ini dan kita dalam usaha mencari alat tersebut sebagai barang kes," katanya.
  
Beliau berkata, selain itu pihaknya sudah mengenal pasti individu yang merakam video dan dimuat naik di laman sosial untuk membantu siasatan.
  
Abdul Aziz berkata polis juga sudah merakam percakapan Siok Hong semalam dan sekiranya ada sebarang keperluan dalam siasatan, polis akan  memanggilnya semula untuk memberi keterangan.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Tiada ulasan: