Jumaat, 25 Julai 2014

Bayi antara 15 maut dalam serangan Israel ke atas sebuah sekolah

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
BANDAR GAZA (Wilayah Palestin): Sekurang-kurangnya 15 orang termasuk seorang bayi terbunuh apabila sebuah sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diserang Israel di utara Gaza semalam.
 
Jurucakap perkhimatan kecemasan, Ashraf al-Qudra berkata, jumlah kematian boleh mencecah sehingga 15 orang dan lebih ramai yang cedera dalam kejadian tersebut.
 
Difahamkan, jumlah mereka yang cedera kira-kira 200 orang.
 
Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai mangsa serangan, tetapi seorang wartawan AFP yang berada dekat rumah mayat berkata, mayat-mayat yang tiba dari tempat kejadian termasuk seorang ibu dan bayinya yang berusia setahun.
 
Ia merupakan insiden terbaharu membabitkan serangan Israel yang menyasarkan sekolah dan hospital di wilayah Palestin, dengan jumlah kematian dalam serangan militan Gaza sejak 17 hari lalu mencecah lebih 770 orang.
 
Sementara itu, seorang pegawai PBB mengesahkan beberapa orang maut dan cedera di sekolah di Beit Hanun, yang digunakan sebagai pusat perlindungan beratus-ratus rakyat Palestin. - AFP

Tiada ulasan: