Isnin, 24 Disember 2012

SPA: Calon temu duga dibenar tukar tarikh jika banjir

SINAR  HARIAN

PUTRAJAYA - Calon temu duga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di negeri yang terlibat banjir dibenarkan menukar tarikh temu duga mereka ke tarikh lain.

SPA dalam satu kenyataan hari ini berkata para calon boleh menghubungi Mohamad Nazmi Ismail dari Bahagian Pengambilan di talian 03-8885 6309 untuk calon berkelayakan diploma dan ijazah, atau Mohd Shaiful Ibrahim dari Bahagian Pengambilan Khas di talian 03-8885 6010 untuk calon berkelayakan Sijil Pelajaran Malaysia dan sijil lain.

Mereka juga boleh menghubungi talian utama 03-8885 6000 atau Pegawai Perhubungan Awam di talian 03-8885 6013.

Untuk maklumat lanjut, calon boleh menyemak laman web SPA di www.spa.gov.my atau e-mel kepada radziah@spa/gov.my. - Bernama

Tiada ulasan: