Roketkini.com
Justeru, katanya, PR perlu terus konsisten dalam rangka kerjanya untuk merealisasikan agenda bersama yang ditetapkan dalam Common Policy Framewok dan Buku Jingga yang antara lain menyimpulkan hanya ada satu jalan tengah dalam politik Malaysia.
“Kita perlu memberi tumpuan bagi memenangi hati majoriti 2.9 juta pengundi kali pertama serta pengundi atas pagar. Tanpa memenangi empat juta pengundi jalan tengah ini, tidak akan ada Kerajaan Persekutuan baru pimpinan Pakatan Rakyat,
“Untuk itu pelbagai langkah dan gerak kerja harus berhati-hati kerana wujud banyak cubaan untuk memecah-belah pakatan dan kesepaduan kerjasama PR oleh Barisan Nasional (BN) melalui permainan
politik perkauman dan agama,” katanya.
Beliau memberi contoh pelbagai isu sengaja ditimbulkan BN untuk menggoyahkan PR antaranya isu melibatkan penggunaan kalimah Allah, isu berjabat tangan ketika pilihan raya kecil DUN Tenang, isu khalwat, isu Islamisasi dan peruntukan Kerajaan Pulau Pinang terhadap hal ehwal Islam pada masa sama DAP juga berhadapan tuduhan berat dan tidak berasas dengan dakwaan anti-Islam dan anti-Melayu.
“DAP tidak akan mengambil pendirian melampau seperti BN. Pakatan Rakyat mesti dilihat sebagai sederhana dan inklusif, menjarak dan membezakan diri kita daripada lawan yang eksklusif, rasis dan pelampau,” jelasnya.
Deklarasi Shah Alam jelaskan semua kekeliruan
Oleh itu beliau mengesyorkan adalah penting agar semua melihat kembali Deklarasi Shah Alam yang disepakati pada Persidangan Kebangsaan DAP di Shah Alam pada 8 Januari lau antaranya mempertahankan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan dan komited mendukung Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara dan menghormatinya sesuai dengan semangat Perlembagaan Merdeka 1957 dan Perjanjian Malaysia 1963.
* Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera di samping melindungi hak kaum lain seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
* Melindungi kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan sambil memelihara kebebasan agama lain untuk diamalkan secara aman dan harmoni seperti termaktub dalam Perkara 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan.
*. Memuliakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, di samping menggalakkan penggunaan dan pembelajaran bahasa Inggeris dan bahasa ibunda dalam usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang cemerlang melalui kepelbagaian bahasa.
*. Mengiktiraf semangat perkongsian sama rata yang wujud dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan memperjuangkan hak rakyat Sabah dan Sarawak.
Menegaskan hasrat DAP itu, Guan Eng berkata, misi PR bukan saja untuk mengalahkan BN yang korup tetapi juga UMNO yang mengamalkan politik perkauman melampau, MCA yang tidak bermoral dan tidak beretika, Gerakan yang tidak mempunyai apa-apa keberanian atau pendirian, dan MIC yang tidak mempunyai arah tuju dan hanya memimpin dari belakang.
“Rakyat tidak lagi bodoh untuk dipermainkan. Misi kita adalah untuk mendemokrasikan sistem politik dan mencipta keteraturan ekonomi yang berkhidmat untuk rakyat biasa.” ujar beliau. – Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan