Jumaat, 28 Disember 2012

Permohonan Rebat RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone) Untuk 1.5 Juta Belia (Pakej Komunikasi Belia). Maksimum RM500 Sahaja!

Staff Berita Semasa 
Permohonan Rebat Smartphone RM200 Permohonan Rebat RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone) Untuk 1.5 Juta Belia (Pakej Komunikasi Belia). Maksimum RM500 Sahaja!

Seperti yang kita sedia maklumkan melalui pembentangan Bajet 2013 (KLIK SINI), kerajaan berbesar hati berikan rebat RM200 untuk telefon pintar 3G.

Dan hari ini Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan iklan khas bagi pemberian rebat RM200 telefon pintar (smartphone) ini di mana 1.5 juta golongan belia di Malaysia. Adakah anda antara yang kalangan yang termasuk dalam glongan tersebut? 

Iklan SKMM : Rebat RM200 Untuk Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Permohonan rebat Rm200 dibuka bermula 1 januari 2013..

Permohonan Rebat Telefon Pintar RM200 Permohonan Rebat RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone) Untuk 1.5 Juta Belia (Pakej Komunikasi Belia). Maksimum RM500 Sahaja!

Syarat-Syarat Rebat RM200 Telefon Pintar (3G) Dalam Pakej Komunikasi Belia

  1. Anda mesti warganegera Malaysia yang berumur antara 21 tahun sehingga 30 tahun
  2. Anda mesti mempunyai pendapatan bulanan RM3000 ke bawah
  3. Anda hanya layak menerima rebat RM200 jika model telefon pintar 3G yang diluluskan itu tidak melebihi harga RM500
  4. Setiap belia yang terpilih hanya layak menerima sekali sahaja rebat RM200 untuk setiap telefon pintar 3G mereka
  5. Pelanggan jalur lebar mudah alih sedia ada atau pakej internet baru. Penyedia talian seperti Maxis Berhad, Celcom Axiata Berhad, DiGi Telecommunications Sdn Bhd, U Mobile, YTL Communications, Tune Talk dan Clixster. sedia menunggu anda sebagai “pelanggan baru mereka” dan dijangka telefon pintar 3G ini sendiri akan diedarkan oleh Senheng dan SenQ

Permohonan Rebat RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone) Pakej Komunikasi Belia

Mana-mana daripada anda yang berminat untuk mohon rebat RM200 telefon pintar 3G (smartphone) ini, anda boleh menghantar permohonan rebat RM200 secara online dengan cara KLIK LINK di bawah ini iaitu portal Suruhanjata Komunikasi Malaysia :
=> http://nbi.skmm.gov.my/

Permohonan Rebat RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone) Pakej Komunikasi Belia : Tempoh Sah Memohon

Bermula 1 Januari 2013  - 31 Disember 2013
Pakej Komunikasi Belia  Permohonan Rebat RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone) Untuk 1.5 Juta Belia (Pakej Komunikasi Belia). Maksimum RM500 Sahaja!

Gambar di atas sekali sempat merupakan keratan akhbar keluaran Mingguan Malaysia yang sempat kami rakamkan selepas sahaja pengumuman rebat RM200 telefon pintar 3G dalam Bajet 2013. Melihatkan reaksi Normannisam Shah Ahmad Shah (UiTM Melaka), mungkin beliau antara yang terawal mendapatkan rebat RM200 smartphone kali ini?

P/S : Yang mana berhajat beli iPhone 5 atau Samsung Galaxy S atau Note 2 untuk mendapatkan rebat RM200 telefon pintar 3G kali ini, mungkin boleh melupakan sahaja. Mungkin Model seperti Samsung Galaxy Y ataupun Nokia Lumia 610 bakal menjadi pilihan belia selepas ini? Mungkin?

PP/S : Ehem….untung jadi penyedia telekomunikasi sekarang ini. Dapat “ganjaran” ibarat serampang dua mata dek pengumuman rebat Rm200 telefon pintar 2G kali ini…

1 ulasan:

oliver john berkata...

Knp teda rebat utk dewasa berumur 31-40? ramai lg yg bminat tp malangnya tdk layak utk memohon..