Selasa, 25 Disember 2012

Bilik di memorial Tun Hussein Onn terbakar

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Sebuah bilik yang sedang dibaik pulih di Memorial Tun Hussein Onn di Bukit Perdana di sini, terbakar malam tadi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sentul ketika dihubungi Bernama hari ini.

“Bomba menerima panggilan pada 8.56 malam dan berjaya mengawal kebakaran kira-kira 40 minit kemudian. Kebakaran melibatkan sebuah bilik pantri di tingkat tiga yang sedang dibaik pulih,” katanya.

Katanya 30 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, Titiwangsa dan Sentul terlibat dalam operasi memadam kebakaran. Punca dan kerugian masih disiasat, kata jurucakap itu. — Bernama

Tiada ulasan: