Isnin, 22 Jun 2009

Wacana Pendidikan Negara (WADIRA) 2009 Tingkat Mutu Sistem Pendidikan Negara.

TV SELANGOR


Teknik pembelajaran 3M, iaitu membaca, menulis, mengira perlu ditambah dengan analitikal thingking kerana teknik yang digunakan sekarang, sudah ketinggalan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim berkata, perubahan kepada sistem yang digunakan sekarang penting bagi membolehkan pelajar mencapai tahap pembelajaran yang lebih baik.

Tan Sri Khalid berkata demikian ketika menutup Wacana Pendidikan Rakyat (WADIRA) 2009 di Shah Alam, hari ini.

Hampir 400 peserta, termasuk aktivis politik, tokoh akademik dan pejuang bahasa, menyertai WADIRA selama dua hari, bagi membincangkan masa depan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

WADIRA 2009 anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) diadakan bagi mengumpulkan pandangan serta langkah untuk membaiki sistem pendidikan negara yang diterajui Barisan Nasional.

Biro Pendidikan Parti KeADILan Rakyat, Dr Mohd Nor Manuty berkata, pelbagai kepincangan dapat dilihat dalam sistem pendidikan negara akibat campur tangan politik Barisan Nasional.

Timbalan Parti Keadilan Rakyat, Dr Syed Husin Ali berkata, wacana ini merumuskan beberapa pekara penting yang boleh menjadi panduan kepada pembentukan dasar pendidikan, bukan sahaja untuk parti tetapi untuk negara.

Dekan Fakulti Pendidikan, Universiti Industri Selangor (Unisel), Dr Gunasegaran berkata, ini merupakan satu idea terbaik daripada Parti KeADILan Rakyat bagi melaksanakan sistem pendidikan yang lebih bermutu pada masa akan datang.

Tiada ulasan: