Isnin, 15 Jun 2009

Tindakan Zaid memang dijangka'

BERITA HARIAN ONLINE


KUALA LUMPUR: Penyertaan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) memang dijangka dan tidak akan memberi kesan kepada senario politik negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, Zaid memang pemimpin yang gagal ketika dalam Umno dan sebagai Menteri.

"Beliau gagal membawa sebarang pembaharuan dalam undang-undang ketika berkhidmat sebagai Menteri. Malah, beliau tidak mengumumkan bayaran ex-gratia yang diterima setiap enam hakim yang terbabit dalam krisis kehakiman 1988. Mengapa beliau berdiam diri

"Bagaimanapun, saya ucapkan selamat kepada PKR (kerana menerima Zaid)," katanya ketika mengulas penyertaan Zaid dalam PKR seperti yang diumumkan penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, berkata tindakan Zaid bukan mengejutkan kerana kerap menghadiri program atau majlis anjuran PKR selepas dipecat daripada Umno pada Disember tahun lalu.

Tiada ulasan: