Isnin, 15 Jun 2009

Singapura sahkan 13 kes H1N1 bilangan terbesar dalam sehari

BERNAMA


SINGAPURA: Singapura mempunyai bilangan kes influenza H1N1 terbesar disahkan dalam sehari bila 13 kes baru dilaporkan semalam, menjadikan jumlah disahkan kepada 40.

Dalam maklumat terbarunya, Kementerian Kesihatan berkata empat daripada kes baru itu berkaitan dengan dua kes awal yang membabitkan seorang ibu dan anak lelaki, yang kesemuanya menghadiri majlis perkahwinan yang sama di Melbourne tetapi kembali ke Singapura dengan penerbangan berasingan.

Kes ke-28, seorang bapa rakyat Singapura berusia 52 tahun; ke-29 seorang ibu berusia 42 tahun pulang ke Singapura dari Melbourne dengan penerbangan Singapore Airlines SQ228 pada 9 Jun.

Kes ke-30, seorang gadis Singapura (anak) berusia 16 tahun kembali ke Singapura dari Melbourne menaiki penerbangan Emirates EK405 pada hari sama.

Kes ke-31, seorang gadis Singapura berusia 17 tahun pulang dari Melbourne dengan penerbangan Singapore Airlines SQ228 juga pada 9 Jun.

Kes ke-32 seorang lelaki Singapura berusia 28 tahun yang pulang dari Montreal melalui New York dan Tokyo dengan Japan Airlines JL711, pada 11 Jun.

Kes ke-33 seorang wanita Singapura berusia 32 tahun yang pulang dari Phuket pada 5 Jun dengan Tiger Airways TR155.

Kes ke-34, seorang kanak-kanak perempuan Australia berusia 6 tahun yang datang dari Melbourne bersama ibunya menaiki Emirates EK405 pada 12 Jun untuk bercuti rehat.

Kes ke-35, seorang lelaki Singapura berusia 19 tahun yang pulang dari Melbourne dengan penerbangan Singapore Airlines SQ238 pada 12 Jun.

Kes ke-36, seorang wanita Singapura berusia 24 tahun pulang dengan penerbangan SQ25 dari Frankfurt pada 12 Jun.

Kes ke-37, seorang wanita pemastautin tetap (PR) Singapura berusia 41 tahun, dan ke-38 seorang budak perempuan bertaraf PR Singapura berusia 8 tahun. Ibu dan anak ini pulang dari Manila dengan Singapore Airlines SQ915 kelmarin.

Kes ke-39, seorang budak perempuan Australia berusia tujuh tahun yang datang ke Singapura dari Melbourne dengan Singapore Airlines SQ228 malam kelmarin. Kes ke-40, seorang budak lelaki Malaysia berusia 9 tahun yang ke Sydney dan Melbourne, dan tiba di Singapura dari Melbourne dengan Jetstar JQ61 melalui Darwin juga malam kelmarin.

Kementerian itu menyatakan daripada 124 kes yang diperiksa setakat ini, 40 kes diuji positif virus Influenza A (H1N1).

Republik ini masih mengekalkan tahap berjaga-jaga pada fasa dua daripada lima fasa berjaga-jaga.

Tiada ulasan: