Rabu, 10 Jun 2009

Misi Mahfuz: Imbang pengaruh BN di Sabah, Serawak

KLPOS.COM


Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berazam untuk memastikan PAS berjaya menawan Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya umum akan datang.

Untuk mencapai tujuan tersebut,katanya, usaha untuk memperkukuhkan PAS di dua buah negeri itu perlu dipertingkatkan.

"Melebarkan pengaruh di dua buah negeri itu penting kerana Umno dan Barisan Nasional kini hanya mengharapkan Sabah dan Sarawak untuk menyelamatkan mereka dari tewas setiap kali pilihan raya umum.," jelas beliau.

"Menjadi misi saya setelah dipilih sebagai Naib Presiden untuk memastikan PAS dapat melebarluaskan pengaruh di Sabah dan Sarawak.

"Amat penting bagi kita mengukuhkan kedudukan di dua buah negeri tersebut kerana Umno/BN menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai talian hayat mereka untuk terus kekal berkuasa,"

Beliau juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada perwakilan yang memberikan kepercayaan kepadanya.

"Amat malang jika usaha pemimpin-pemimpin PAS sebelum ini untuk meyakinkan masyarakat berbilang bangsa disia-siakan dengan melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan,".

Tiada ulasan: