Sabtu, 6 Jun 2009

Kemudahan sukan di Melaka akan diaudit sebelum SUKMA Ke-13

BERNAMA


JITRA - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mendapatkan laporan audit berhubung keselamatan stadium dan kompleks sukan daripada kerajaan negeri Melaka sebelum penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 tahun depan.

Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata kementerian akan meneliti laporan audit daripada pengurusan gelanggang sukan di negeri itu walaupunkompleks dan stadium berkenaan digunakan termasuk menganjurkan beberapa acara sukan peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, pengauditan itu adalah garis panduan baru yang diperkenalkan oleh KBS bagi memastikan kemudahan penganjuran sebarang sukan terutama peringkat
kebangsaan yang diiktiraf kementerian itu adalah selamat dan tidak berbahaya kepada atlet yang bertanding.

"Selepas ini, KBS akan sentiasa mendapatkan laporan audit daripada setiap stadium dan kompleks sukan termasuk aspek keselamatan, kebersihan serta keselesaan kemudahan yang disediakan.

"Kementerian juga mengingatkan mereka (pihak pengurusan) supaya sentiasa buat audit dan siapkan kemudahan berasaskan piawaian tertentu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah, di sini malam tadi.

Tiada ulasan: