Selasa, 7 Oktober 2008

PM umum esok atau lusa keputusan pertahan jawatan Presiden Umno
oleh Saufi Hamzah dan Nazura


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata beliau akan membuat pengumuman sama ada esok atau lusa mengenai keputusan mempertahankan jawatan Presiden Umno.

Perdana Menteri berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) dalam taklimat khas Dewan Tertinggi BN, pada Rabu.

Bercakap kepadap pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (IAP)Bioteknologi 2008, di sini, Abdullah berkata saingan untuk jawatan Timbalan Presiden Umno juga mungkin akan ditandingi satu atau dua calon saja, manakala yang lain akan berundur.

Tiada ulasan: