Isnin, 6 Oktober 2008

15 terkorban pada hari ke-12 Ops Sikap XVII
BERNAMA


KUALA LUMPUR 6 Okt. — Sebanyak 15 kematian dicatatkan pada hari ke-12 Ops Sikap XVII semalam, menjadikan 170 jumlah mereka yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya sejak operasi itu bermula pada 24 Sept lepas.

Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman Supt Rasdi Ramli berkata bahawa daripada 15 kematian semalam, tujuh terdiri daripada pengguna motosikal, lima pengguna, dua pengguna van dan seorang pejalan kaki.

Jalan persekutuan mencatatkan kemalangan paling tinggi dengan 420 kes, diikuti jalan bandaran (315 kes), jalan negeri (188 kes), lebuh raya (162 kes) dan jalan-jalan lain (45 kes) yang menjadikan jumlah kemalangan sebanyak 1,130 kes, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata bahawa dalam operasi semalam, sebanyak 8,021 saman dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan trafik.

Ops Sikap XVII akan diteruskan sehingga Rabu ini. Ia bertujuan mengurangkan kemalangan jalan raya sempena sambutan perayaan Aidilfitri.

Tiada ulasan: