MSO
Nazri Aziz yang selamanya dikenali kawan rapat dan sepermainan
Najib Razak terus melakukan perang saraf (psywar) ke atas Muhyiddin
Yassin, mahukan timbalan presiden Umno itu keluar dari Umno. Tampaknya
Nazri ada pelan dan perancangan tersendiri dalam usaha untuk memberi
ketenangan kepada rakan baiknya itu (Najib), dan sekaligus mengurangkan
tekanan dalaman terhadap Umno yang kini kian parah dan lelah.
 |
| Muhyiddin Yassin |
 |
| Nazri Aziz |
Bagi Nazri dia berpendapat selagi Muhyiddin berada dalam Umno, "menjadi
duri dalam daging", selama itu kawannya tidak tenang dan terbuai-buai
dengan kejelekan yang didakwa menyebabkan tidurnya tidak berapa "jenak".
Dan Umno juga terus bekah dan pecah dari dalam perlahan-lahan serta
membusuk gara-gara pemecatan Muhyiddin.
Sungguhpun Muhyiddin tidak menggerakkan serangan terhadap Najib secara
terbuka, tetapi keberadaanya yang sekali sekala mengkritik Najib dengan
mengungkit hal-ha belum beres (fatal) itu memedih dan menyakitkan Najib
dan Umno. Kebenaran yang dituturkan Muhyiddin mulai ditelan oleh orang
ramai.
Mungkin media massa milik Umno tidak memberi liputan meluas terhadap apa
yang Muhyiddin katakan, kalau sekalipun benar dan bermutu, tetapi media
sosial lain sangat mengambil berat dan menjadikan bahan laporan utama
terhadap setiap isu yang Muhyiddin perkatakan tentang Najib dan
masalahnya. Tengok sahaja twiter milik bekas TPM itu, sekali beliau
membuat twiter puluhan ribu dijawab dan mendapat komen khasnya daripada
anak-anak muda.
Sebagai orang yang sejalur dan membesar di era Najib, teman sepemainan
dan mempunyai minat yang sama, Nazri tentu merasai apa yang berlaku dan
sangat bimbang dengan situasi itu. Kalau kawannya itu jatuh maka dia
juga akan terpelanting. Maka sesuatu perlu diambil tindakan segera dan
tidak boleh dibiarkan. Mungkin menteri itu dapat membaca apa yang akan
berlaku kepada Umno kalau masalah yang ada sekarang ini tidak dibendung.
Muhyiddin boleh dianggap sebagai kura-kura dalam tindakannya, tetapi
dia tetap berjalan dan melakukannya tanpa berhenti. Ini yang ditakuti
oleh Nazri.
Nazri mungkin hafal cerita bagaimana sang Arnab yang angkuh dan sombong berlawan berluma lari dengan kura-kura yang
hamble dan dilihat lemah akhirnya perlumbaan itu dimenangi oleh kura-kura.
Maka wajar kalau telinga Nazri berasa pedih dan sesak nafas dengan
tindak tanduk Muhyiddin. Ahli Umno hari ini bukan lagi seratus peratus
akur dan tunduk kepada apa yang diperkatakan oleh pucuk pimpinan parti,
tetapi mereka ada neraca dan mirzam sendiri untuk membuat penilaian dan
keputusan.
Bukan semua apa yang disuapkan mereka menerusi media eletronik dan cetak
milik kerajaan ditelan bulat-bulat macam baung menelan tahi di
pengkalan. Zaman tunduk dan patuh tanpa soal sudah mulai terhakis dalam
Umno apabila ia dimeriahi oleh generasi muda yang cerdik. Anak muda
dalam Umno mahu sesuatu yang dinamik.
Keadaan itu kian jelas hari ini. Penerimaan sokongan terhadap Najib kini
sudah berbelah bahagi. Jika dilihat kepada luahan dan cemuhan generasi
muda menerusi media sosial menunjukkan Najib berada pada tahap yang
sangat teruk dan paling diragui. Setiap kenyataanya disinggung dan
diperlecehkan. Lebih teruk ada yang berani melukis gambarnya dengan
ilusi yang buruk dan huduh. Kekurangan sambutan kepada Najib ini
terbukti bila mana majlis meraikan 40 tahun Najib bergelumang dalam
politik yang diadakan dua tiga hari lepas katanya tidak mendapat
sambutan seperti diharapkan.
Melihat kepada realiti inilah Nazri tiba-tiba bangkit menyerang
Muhyiddin bagaikan lelaki yang baharu pulang dari perantauan. Bagi
Nazri, Muhyiddin ada saham dalam mewujudkan keadaan tidak kondusif
terhadap bosnya itu. Misalnya pengungkitan hal-hal belum beres dan
menjadi pertanyaan umum seperti isu 1MDB dan derma RM2.6 billion, dua
isu yang mula menghilangkan kepercayaan Muhyiddin kepda Najib, masih
berlaku. Orang ramai termasuk ahli Umno sendiri masih menunggu jawaban
Najib berhubung perkara itu seperti mana disoalkan oleh Muhyiddin.
Soalan Muhyiddin merupakan soalan rakyat.
Justeru, Nazri yang dikenali dengan sikap keras, ego dan merasakan
dialah lelaki paling macho di negara, serta merasakan dia adalah orang
kanan Najib selepas ketiadaan Jamaluddin Jarjis, memulakan perang saraf
untuk menghalau Muhyiddin dari Umno. Istilah ajing mengigit kaki yang
dianologikan ke atas Muhyiddin satu istilah yang bukan pekerti dari ahli
parti Umno yang bersopan santun dan beradab.
Istilah itu adalah paling teruk dan sangat tidak bermoral. Ia bagi
memberi gambaran betapa marah dan bencinya Nazri kepada Timbalan
Presiden Umno itu.
Anologi seperti itu sepatutnya dilakukan oleh pemimpin muda Umno yang
dikatakan berdarah panas, tetapi tidak. Ketua pemuda Khairy Jamaluddin
dalam soal behadapan dengan Muhyiddin ini bersifat terbuka, lunak dan
profesional. Pemikiran dan stail politik Khairy jauh lebih matang dari
si abangnya itu. Pelik.
Mulanya Nazri mendesak Muhyiddin agar melepaskan jawatan sebagai
Timbalan Presiden Umno. Cara dia mendesak Muhyiddin itu seolah-olah Umno
adalah hak dan harta mak bapaknya. Dia lupa bahawa Umno milik lebih 3
juta ahli. Setelah menyedari itu, Nazri mengubah haluan dengan
mencadangkan kepada MT agar menggantung jawatan Muhyiddin sebagai
timbalan presiden.
Menurut tafsirannya MT ada kuasa untuk membuat keputusan itu selepas
terlebih dahulu Muhyiddin dihadap ke Jawatankuasa Disiplin parti. Sekali
nampak cadangan Nazri itu seakan mudah dan ia sudah pun diplotkan
begitu. Apakan jawatankuasa disiplin bersedia mengikut skrip yang
diaturkan itu? Kalau ia berlaku seperti mana dibayangkan Nazri itu, maka
sekali lagi Umno yang sudah terhakis kepercayaan dan integriti khasnya
dibawah pimpinan Najib ini menjadi lebih "sipol". Maksud sipol di sini
tidak berjenis.
Bagaimana pun
psywar yang digerakkan oleh Nazri itu mendapat
reaksi dari beberapa orang pimpinan Umno lain yang menyatakan sokongan
dan cadangan itu sebagai satu tindakan meredakan bara dalam Umno. Antara
yang bercakap menyokong cadangan Nazri ialah, Ahmad Shabery Chik,
Azalina Othaman Said, Idris Jusoh, Rahman Dahlan serta beberapa orang
lagi. Salleh Said Kruak yang terkenal sebagai pembodek baharu Najib
masih belum bersuara. Umum faham dengan telatah pimpinan-pemimpin
berkenaan yang ada kalanya berkokok dalam keadaan mengigau, kerana ada
sebab yang mengisbabkan.
Mereka yang bersuara menyokong cadangan Nazri untuk menghalau Muhyiddin
itu, kalau diamati ianya bukan lahir dari dhamir mereka sebenar. Mereka
terpaksa bercakap mengikut gendang dipalukan Nazri untuk tidak dikatakan
tidak menari lagu yang sama. Setengah daripada cukup faham apakah
natijah kalau tidak berbunyi saat gendang dipalu walaupun ia tidak
berirama. Misalnya Azalina tidak mahu peristiwa sebelum ini berulang
kepadanya. Parah weh kalau berulang.
Makanya kalau Nazri berharap dengan ada sokongan terhadap cadangannya
itu bagi dilihat dan untuk mempengaruhi oleh jawatankuasa disiplin parti
maka ia sesuatu yang sangat dangkal dan merendah-rendahkan kredibiliti
jawatankuasa berkenaan yang seharus bebas dan telus.
Dalam pada itu, penggantungan jawatan Muhyuddin, atau dalam kata lain
bertujuan untuk menghalaukan Muhyiddin dalam mesyuarat MT, ia tidak akan
menyelesaikan masalah dihadapi Najib dan Umno. Ketiadaan Muhyiddin
dalam MT, walaupun tanpa suara, tetapi isu yang berbangkit 1MDB, dana
RM2.6 billion dan lain-lain tidak akan senyap begitu sahaja.
Mungkin ahli MT lain, seperti Annuar Musa yang baharu mendapat jawatan
ketua penerangan, atau Ahmad Maslan sebagai pengarah IT Umno, akan
senyap, akur dan tunduk, serta angkat jempol sokong 200% cadangan Nazri
itu, tetapi apakah ahli di luar yang menunggu jawaban tuntas dari mulut
Najib berhubung isu yang dibangkitkan akan senyap?
Segala isu berbangkit dan keburukan Najib dan Umno boleh ditudung dalam
MT dengan cara mengambil tindakan ke atas Muhyiddin, atau mereka
dianggap api dalam sekan, tetapi yang nyata kebusukkan tetap berbau di
luar sana dan dihidu oleh rakyat. Selagi apa dinamakan bangkai itu tidak
dibuang atau dikambus, maka wap busuknya tetap akan menerawang dan
menyocok lubang hidung.
Pendeknya selagi Najib tidak menjelaskan dengan sendiri segala isu yang
dibangkitkan itu, maka ketenangan dalam Umno dan juga ketenangan untuk
Najib yang diharapkan Nazri itu tidak akan membuahkan hasil. Sebaliknya
tindakan Nazri itu jika ia disokong oleh MT, Umno akan dilihat sebuah
parti diktator kalau pun tidak bersifat komunis.