Sabtu, 8 Ogos 2020

Wartawan veteran Abd Jalil Ali meninggal dunia

Malaysiakini

Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian Abd Jalil Ali meninggal dunia pagi ini.

Berita berkenaan disahkan oleh Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf Dr Hussamuddin Yaacub di laman Twitter beliau.

Menurutnya, setakat jam 7.08 pagi, jenazah Allahyarham masih berada di hospital dan akan dibawa ke rumahnya di Bandar Sunway, Petaling Jaya.

“Semoga sahabatku Datuk Abd Jalil Ali damai di sana. Dunia kewartawanan sudah kehilangan sebuah bintang,” katanya dalam ciapan di akaun Twitter miliknya.

Abd Jalil berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang kewartawanan dan turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Warisan Ummah Ikhlas.-Bernama

Tiada ulasan: