Memaparkan catatan dengan label PRK - KUALA KANGSAR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRK - KUALA KANGSAR. Papar semua catatan

Sabtu, 18 Jun 2016

LANGSUNG DARI KUALA KANGSAR: Petugas BN tertangkap beri 'dedak'

 MALAYSIA DATELINE
 
 
SEJUMLAH 32, 632 pengundi Kuala Kangsar yang layak akan mengundi mulai jam 8.00 pagi ini apabila pusat mengundi dibuka di pilihan raya kecil kali ini.

Mereka akan memilih antara empat calon yang bertanding iaitu calon Barisan Nasional Datin Mastura Mohd Yazid, Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS), Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (Parti AMANAH Negara) dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Bagaimanapun, daripada keempat-empat calon itu hanya Mastura yang berdaftar sebagai pengundi di Parlimen Kuala Kangsar, manakala Dr Najihatussalehah merupakan pengundi di Parlimen Parit, Dr Ahmad Termizi (Shah Alam, Selangor), manakala Izat Bukhary (Kelantan).

Parlimen Kuala Kangsar mempunyai sebanyak 32,949 pengundi berdaftar dan daripada jumlah itu 22,496 adalah Melayu; Cina (7,757); India (2,287); Orang Asli (330); Bumiputera Sarawak (16); Bumiputera Sabah (13) dan lain-lain 50

IKUTI LAPORAN SECARA LANGSUNG DARI KUALA KANGSAR DI MALAYSIA DATELINE

3.06 petang

Pengarah Pilihan Raya Amanah Perak Ahmad Adli Abdullah mendakwa beberapa pengundi di Jalan Kangsar yang tidak dibenarkan mengundi di kawasan itu tidak membuat semakan status pengundian lebih awal.

2.53 petang 

Sehingga jam 2.00 petang tadi, sumber SPR menyebut 59 peratus pengundi sudah membuang undi di PRK Kuala Kangsar.

2.47 petang 

Sehingga jam 1.00 petang tadi, sumber SPR menyebut 53 peratus pengundi sudah membuang undi di PRK Kuala Kangsar.

Naib Presiden Amanah Dato' Dr Mujahid Yusof melawat pusat mengundi Talang Hulu.Naib Presiden Amanah Dato' Dr Mujahid Yusof melawat pusat mengundi Talang Hulu.

12.35 tengahari

Petugas BN didakwa memberi 'dedak' kepada pengundi selepas mereka mengisi borang khas.Petugas BN didakwa memberi 'dedak' kepada pengundi selepas mereka mengisi borang khas.

Para petugas Barisan Nasional (BN) dikesan memberikan sampul surat berisi wang tunai kepada pengundi di dua pilihan raya kecil (PRK) hari ini. Mereka  menerima sampul surat itu selepas mengisi satu borang khas.

12.15 tengahari

Pengarah Pilihan Raya Amanah, Dr Hatta Ramli bertemu MB Perak Datuk Seri Dr Zambry di Ulu Kenas Manong.Pengarah Pilihan Raya Amanah, Dr Hatta Ramli bertemu MB Perak Datuk Seri Dr Zambry di Ulu Kenas Manong.
Calon Amanah Dr Termizi memeluk naib presiden Pas Idris Ahmad yang kelihatan tidak selesaCalon Amanah Dr Termizi memeluk naib presiden Pas Idris Ahmad yang kelihatan tidak selesa
Pengundi datang dengan bot untuk mengundi selepas janji jambatan hanya tinggal janji sahajaPengundi datang dengan bot untuk mengundi selepas janji jambatan hanya tinggal janji sahaja

Sebanyak 36 peratus daripada 32,632 pemilih yang berdaftar, keluar mengundi setakat pukul 11 pagi bagi memilih wakil rakyat mereka pada pilihan raya kecil (PRK) kawasan Parlimen Kuala Kangsar.

 Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata setakat pukul 10 pagi tadi proses pengundian berjalan lancar dan tiada sebarang kekecohan berlaku, lapor Bernama.

 Semua 23 pusat mengundi dibuka tepat pukul 8 pagi dan akan ditutup pada 5 petang untuk proses pengiraan undi sebelum dibawa ke pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Jubli Perak.

11.55 pagi

Ramai pengundi tiada nama di tempat mereka biasa mengundi selepas dipindahkan tanpa pengetahuan mereka termasuk pengundi ini. Gambar Malaysiakini.Ramai pengundi tiada nama di tempat mereka biasa mengundi selepas dipindahkan tanpa pengetahuan mereka termasuk pengundi ini. Gambar Malaysiakini.

Beberapa orang pengundi yang selama ini mengundi di Jalan Kangsar, mendapati mereka tidak boleh mengundi kali ini.

Ini kerana mereka telah dipindahkan ke kawasan lain, kata Pengarah Pilihan Raya Amanah, Hatta Ramli, lapor Malaysiakini.

Katanya, beliau mengetahui mengenai perkara itu apabila lima daripada 10 pengundi hadir di 'pondok panas' mereka untuk menyemak pusat pengundian mereka.

"Saya rasa ini boleh menjejaskan keputusan kami," kata Hatta.

11.40 pagi

Mahasiswa antara yang turut  berkempen untuk calon Amanah dari Pakatan Harapan di Kuala Kangsar. Gambar di Sekolah Menengah raja Muda Musa.Mahasiswa antara yang turut berkempen untuk calon Amanah dari Pakatan Harapan di Kuala Kangsar. Gambar di Sekolah Menengah raja Muda Musa.
Kempen Pas mendakwa jika nakkan Islam undilah parti itu dan jika undi Amanah dapat DAP.Kempen Pas mendakwa jika nakkan Islam undilah parti itu dan jika undi Amanah dapat DAP.

Mahasiswa dan golongan wanita antara yang ramai memberikan sokongan untuk calon Amanah dalm kempen kali ini. Mereka datang dari pelbagai tempat bagi membantu calon mereka. Sementara itu, Pas terus menggunakan elemen provokasi dalam kempen mereka termasuk Undi Pas untuk Islam dan Undi Pan untuk DAP.

11.15 pagi

Sukarelawan Amanah berkempen di SMK Raja Muda MusaSukarelawan Amanah berkempen di SMK Raja Muda Musa

SPR memaklumkan, sehingga jam 10 pagi tadi, sudah 24 peratus keluar mengundi di Kuala Kangsar manakala di Sungai Besar pula 22 peratus.



Hampir 60 peratus sudah keluar mengundi

SINAR HARIAN

Hampir 60 peratus sudah keluar mengundi
 
 
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Seri Hashim Abdullah memantau perjalanan proses pengundian ketika melawat pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar hari ini. - Foto Bernama
 
KUALA KANGSAR - Proses pengundian pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar berjalan lancar dengan 59 peratus atau 19,253 daripada 32,632 pemilih berdaftar keluar mengundi setakat 2 petang ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, pihaknya menyasarkan peratusan keluar mengundi pada PRK itu adalah 75 peratus.   

Katanya aliran mereka yang keluar mengundi di beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) dilaporkan agak perlahan, antaranya di PDM Bendang Kering, PDM Ulu Kenas, PDM Seberang Manong dan PDM Ketior.

Keadaan trafik juga dilaporkan sesak di beberapa kawasan di Kuala Kangsar, selain cuaca agak terik setakat 2 petang ini.

Semua 23 pusat pengundian yang dibuka sejak 8 pagi tadi akan ditutup 5 petang ini.  

PRK Kuala Kangsar diadakan serentak dengan PRK kerusi Parlimen Sungai Besar, Selangor hari ini berikutan kematian Ahli Parlimen masing-masing iaitu Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikoper di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas. - Bernama


Kecoh, Adun DAP hampir ditumbuk

Kecoh, Adun DAP hampir ditumbuk
Sedutan rakaman video insiden Adun DAP hampir ditumbuk pagi tadi. - Sumber video Howard Lee


KUALA KANGSAR - "Apa lu cakap, apa lu cakap, apa lu cakap, apa lu cakap, apa lu cakap!"

Demikian herdik seorang lelaki sambil mencekak leher baju Ketua Dapsy Perak, Howard Lee Chuan How di hadapan sebuah sekolah di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi itu, kelihatan seorang lelaki berkaca mata hitam memakai baju warna biru mencekak leher Adun Pasir Pinji dalam satu kekecohan di hadapan sekolah itu.

Lelaki tersebut turut cuba untuk menumbuk Howard sambil beberapa lelaki lain di kawasan sekitar cuba mententeramkan keadaan.

Dalam satu kanyataan, Howard menyatakan rasa kesal terhadap insiden itu dan beliau tidak boleh menerima sebarang bentuk provokasi seperti itu.

Menurutnya, penyokong lawan melakukan provokasi dengan menjerit 'balik, balik, balik Tongsan' sebaik melihat beliau dan rakan lain berada di situ.

"Apabila ditanya kepada siapa mereka cakap sebegitu, mereka terus melakukan provokasi beramai-ramai sampai menghalang kenderaan daripada melintas jalan.

"Bila diminta supaya jangan biadab, ketua rombongan mereka balas dengan bersikap samseng, mencekik saya dan hendak menumbuk saya.

"Ini berlaku pada bulan Ramadan yang suci. Saya memang tidak boleh terima (provokasi) ini," katanya dalam kenyataan tersebut.

Beliau juga kesal dengan tindakan ahli MCA yang melihat sahaja insiden itu namun beliau merasakan itu bukanlah perkara luar biasa.

"Ahli-ahli MCA yang bersama mereka di sana, diam sahaja. Tapi itu bukan luar jangka, biasa sajalah," ujarnya.


Calon Amanah K Kangsar terbukti sangat popular di hari pengundian

BORHAN AHMAD
 
 

Dr Termizi menjadi kegilaan pengundi dan petugas hatta petugas BN. Gambar diambil di pusat mengundi Taman Bunga Raya.Dr Termizi menjadi kegilaan pengundi dan petugas hatta petugas BN. Gambar diambil di pusat mengundi Taman Bunga Raya.


Populariti calon Amanah di Kuala Kangsar, Dr Ahmad Termizi terbukti di hari penamaan calon hari ini apabila beliau menjadi seumpama selebriti apabila melawat pusat-pusat pengundian.

Bukan sahaja penyokong Amanah bahkan juga penyokong Pas dan Barisan Nasional (BN) juga menyambut baik beliau.
Dr Termizi dengan petugas Pas di pusat pengundian di Taman Bunga Raya.Dr Termizi dengan petugas Pas di pusat pengundian di Taman Bunga Raya.
Di pusat mengundi Taman Bunga Raya, sekumpulan petugas BN kelihatan berebut-rebut untuk berselfie dengan calon Amanah itu.

Begitu juga petugas Pas. Mereka menerima salam Dr Termizi dengan penuh mesra.

Ilham Centre, sebuah pusat kajian bebas dalam laporan mereka malam tadi berkata, calon Amanah di Kuala Kangsar merupakan calon paling menonjol dan mempunyai faktor 'wow' kepada pengundi yang ditemui.

Latarbelakang anak tempatan Kampung Suak Petai Manong, keluarga yang besar di sana dan disokong dengan kelayakan akademik yang luar biasa bagi pengundi memberi kekuatan hampir 5 peratus atas faktor peribadi calon.

"Jika berlaku kejutan kepada BN di Kuala Kangsar, boleh dianggap berpunca daripada pemilihan calon yang salah dan Amanah meletakkan calon yang tepat," kata Hisomuddin Bakar, Pengerusi Eksekutif Ilham Centre dalam laporan akhir menjelang pengundian hari ini.

Bagi beliau, calon PAS dan strategi PAS hanyalah untuk mengekalkan sokongan pengundi mereka daripada beralih sokongan kepada Amanah semata-mata.

"Tidak lebih daripada itu," kata Hisomuddin.

Proses undi PRK Sg Besar, Kuala Kangsar bermula jam 8 pagi

ANTARAPOS.COM


Post Pic



SHAH ALAM: Proses pengundian Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar bermula jam 8 pagi ini dalam menentukan wakil rakyat baru kawasan itu.

Seramai 32,632 daripada 32,949 pemilih berdaftar layak mengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.

Manakala 42,365 pengundi layak mengundi di Sungai Besar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), membuka 23 pusat mengundi di Kuala Kangsar dan 28 pusat mengundi di Sungai Besar sehingga jam 5 petang.

PRK Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Datin Mastura Mohd Yazid, Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS), Prof Dr Ahmad Termizi Ramli mewakili Parti Amanah Negara (PAN) dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Manakala PRK Parlimen Sungai Besar merupakan pertembungan tiga penjuru antara calon BN yang juga ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi; calon PAS yang juga ADUN Meru,Dr Abdul Rani Osman dan Azhar Abdul Shukur daripada Parti Amanah Negara (PAN), yang mewakili Pakatan Harapan.

PRK Sungai Besar diadakan serentak dengan PRK Parlimen Kuala Kangsar berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon (Sungai Besar) dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (Kuala Kangsar) dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.


Jumaat, 17 Jun 2016

Bila saya ke Manong, mereka terus tar jalan'


Tun Dr Mahathir Mohamad
Mahathir ketika ditemui berucap di sini, hari ini.


KUALA KANGSAR - "Apabila diberitahu saya ke Manong, mereka terus tar jalan. Duit adalah segalanya,".

Demikian luah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kempen yang dijalankan BN di PRK Kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Menurutnya, pimpinan BN turut beranggapan para pengundi akan mengundi mereka dengan penambahbaikan prasarana yang dilakukan itu.

"Inilah demokrasi ciptaan BN. Mereka fikir kalau bubuh tar berduyun-duyun datang mengundi (BN).
Orang yang begini amalkan rasuah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Program Deklarasi Rakyat di Pekan Manong, di sini, hari ini.

Mahathir berkata, pimpinan BN juga mengetahui krisis yang menimpa negara namun atas kepentingan peribadi mereka mendiamkannya.

"Kita hadapi masalah ekonomi dan politik. Mereka (pemimpin) tahu najib salah tapi demi kepentingan mereka teruskan menyokong Najib," katanya.

Katanya, meskipun  perubahan dari sudut pentadbiran kerajaan tidak berubah namun kemenangan calon Amanah, Dr Ahmad Termizi Ramli menjadi signal rakyat menolak BN.

"PRK ini bukan dapat tukar kerajaan tapi ini dapat buktikan perasaan rakyat," katanya.


Rabu, 15 Jun 2016

Rakyat bebas pilih mana-mana calon tanpa paksaan

PRK Kuala Kangsar


KUALA KANGSAR -‎ Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, rakyat diberi kebebasan untuk memilih mana-mana calon dalam pilihan raya kerana ia telah termaktub di dalam perlembagaan negara.

Mohd Amar yang juga merupakan Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata ‎oleh itu, adalah salah sekiranya terdapat mana-mana pihak yang memaksa supaya rakyat mengundi mana-mana calon tanpa kerelaan mereka.

"‎Dalam musim pilihan raya,  kita pengundi ada hak untuk memilih... semua menteri turun, saya pun turun dari Kelantan, musim inilah kalau suruh menteri basuh seluar dalam mereka akan basuh, tidak percaya ? cuba sekali kalau ada menteri turun esok lusa suruh mereka basuh, katakan  nak suruh saya undi BN,YB kena basuh seluar dalam saya, tengok dia buat ke tak?  saya percaya dia basuh.

"Tidak percaya esok mintak kalau dia tanya siapa yang ajar beritahu saya yang ajar, saya yang ajar pasal apa penting undi kita rakyat ini ada kuasa, kita tidak perlu takut kepada sesiapa sebab kuasa dan kebebasan mengundi dijamin oleh Perlembagaan Negara.

"Tidak ada orang boleh paksa, polis pun tidak boleh paksa kita, tentera pun tidak boleh paksa kita sebab ada jaminan dalam undang-undang negara,"katanya ketika berucap dalam ceramah di Dataran Manong, Kualan Kangsar malam tadi.

Sementara itu, ‎Mohd Amar meminta agar pengundi di Parlimen Kuala Kangsar menggunakan kuasa mengundi mereka untuk merubah keadaan kini.

"‎Walaupun PRK ini, tidak ubah kerajaan, tetapi kalau rakyat bagi undi kepada  Pas, ia akan beri isyarat terhadap sikap Umno.‎

"Umno sudah lama jadi kerajaan, dia dah lupa diri dia (Umno) . Dia bila ada PRK baru jumpa rakyat. Puak-puak  ini kalau tiada PRK  dia tidak akan beri.

"‎Jadi kalau nak pastikan ada pembangunan, contohnya nak pastikan jambatan dibina...undilah Pas, kerana kami akan pastikan perkara itu," katanya.


Selasa, 14 Jun 2016

312 Pemilih Layak Undi Awal Di Kuala Kangsar

MSTAR ONLINE


prk kuala kangsar
 
 
 
KUALA KANGSAR: Dua pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, mula dibuka 8 pagi Selasa.

Dua pusat pengundian awal itu ialah di Dewan Tun Salleh Ismael, Kompleks Perumahan Polis, Ibu Pejabat Daerah Kuala Kangsar dan di Bilik Mesyuarat Balai Polis Manong.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Parlimen Kuala Kangsar, Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria, berkata 312 pemilih berdaftar terdiri daripada anggota polis layak melakukan pengundian awal itu.

"Pusat pengundian awal di Dewan Tun Salleh akan dibuka 8 pagi hingga 5 petang, seramai 292 pemilih layak mengundi.

"Pusat pengundian awal di Bilik Mesyuarat Balai Polis Manong pula dibuka 8 pagi hingga 2 petang, seramai 20 pemilih layak mengundi," katanya.

PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional Datin Mastura Mohd Yazid, Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS), Prof Dr Ahmad Termizi (Parti Amanah Negara) dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Seramai 32,949 orang layak mengundi (termasuk 312 pengundi awal dan lima pengundi tidak hadir) pada PRK itu mengikut daftar pemilih yang didaftarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga 7 Mei lepas.
Pengundian PRK itu berlangsung 18 Jun ini. - BERNAMA

Isnin, 13 Jun 2016

Abby Abadi sertai kempen Amanah, 41 lagi serah borang jadi ahli

 HAZAYANI ZAKARIA
 
 
41 ahli baru Amanah menyerahkan borang permohonan menjadi ahli kepada Mohamad Sabu dalam majlis berbuka puasa semalam. Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.41 ahli baru Amanah menyerahkan borang permohonan menjadi ahli kepada Mohamad Sabu dalam majlis berbuka puasa semalam. Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.


Pelakon Abby Abadi yang baru saja menyertai Muktamar Pas di Kota Bharu awal Jun lalu menyertai majlis kempen untuk calon Amanah dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar malam tadi.

Abby Abadi (kiri) di majlis berbuka puasa Amanah petang semalam. Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.Abby Abadi (kiri) di majlis berbuka puasa Amanah petang semalam. Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.Tidak diketahui apakah Abby menyertai Amanah tetapi kini dilihat mesra Amanah dan turun membantu kempen Amanah dan Pakatan Harapan di Kuala Kangsar ketika calon Pas juga bertanding dalam pilihan raya kecil kali ini.

Turut serta berkempen untuk Amanah dalam PRK kali ini adalah bekas naib presiden Pas yang dipecat keahliannya Datuk Husam Musa.

Dalam majlis malam tadi juga, 41 menyerahkan borang untuk menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) di majlis berbuka puasa bersama rakyat di Kampung Jalan Baru Jeliang, Kuala Kangsar.

Borang-borang tersebut diserahkan oleh wakilnya, Md Bakar kepada Presiden Amanah Mohamad Sabu dengan disaksikan setiausaha agung Amanah Anuar Tahir.

Selain beberapa pemimpin Amanah, majlis tersebut juga dihadiri bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

Calon Amanah Dr Ahmad Termizi Ramli turut bersama-sama dalam majlis tersebut.

Mohamad dalam ucapannya menyeru rakyat Kuala Kangsar memilih Ahmad Termizi pada 18 Jun ini bagi membolehkan suara mereka dibawa ke parlimen.

Beliau berkata pengundi khususnya yang beragama Islam seharusnya menolak calon yang menyokong pemimpin yang rasuah.

"Saya pelik kenapa orang Islam tak sensitif dengan rasuah.

"Orang bukan Islam pula bersungguh-sungguh menentang rasuah.

"Pilihan raya kali ini, pilih calon dari Amanah yang menolak amalan rasuah dan salah guna kuasa," katanya.

Ahad, 12 Jun 2016

Mastura boleh keluar buang undi - Mufti Perak

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA KANGSAR: Datin Mastura Mohd Yazid boleh melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengundi pada PRK Kuala Kangsar pada 18 Jun ini, kata Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria.
 
Bagaimanapun, katanya calon BN itu perlu menjaga adab, mematuhi etika berpakaian yang bersesuaian dan tidak terlalu menonjolkan diri kepada khalayak ramai.
 
“Mastura boleh keluar mengundi bagi menunaikan tanggungjawabnya itu,” katanya.
 
Mastura, 55, pada sidang media di kediamannya hari ini berkata beliau akan merujuk kepada pakar agama sebelum memutuskan untuk hadir atau tidak ke pusat pengundian di SK Raja Perempuan Muzwin pada hari pengundian PRK itu.
 
PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga suami Mastura, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.
 
Ia menyaksikan pertembungan empat penjuru antara BN, PAS, Parti Amanah Negara (PAN) dan Bebas

Sabtu, 11 Jun 2016

PAS: Adik bongsu pun kempen lawan calon AMANAH

 
 
 
PRK K KANGSAR PAS Perak menggunakan adik bongsu kepada calon PRK Kuala Kangsar, Ahmad Termizi Ramli - Dzorif Ramli yang juga ketua Pemuda PAS Kuala Kangsar - untuk berkempen menentang calon AMANAH itu.

Pesuruhjaya PAS negeri, Razman Zakaria mendedahkan semalam bahawa Dzorif telah berkempen menentang Termizi dalam PRK Parlimen tersebut.

"Dr Ahmad Termizi adalah anak sulung, tetapi adik bongsunya, ustaz Dzorif Ramli, adalah Ketua Pemuda PAS Kuala Kangsar," katanya.

Berucap dalam satu ceramah di Kampong Ketior, yang terletak kira-kira 15 minit dari pusat bandar Kuala Kangsar, Razman bertanya jika Termizi benar, mengapa adiknya tidak mengikut jejaknya.

Katanya. ia menunjukkan bahawa adik bongsu itu yang juga seorang ulama, tahu ada sesuatu yang tidak betul.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan kedua-dua calon PAS sebagai profesional.

Dr Najiha (PRK Kuala Kangsar), katanya, adalah seorang doktor dan Dr Rani Osman (calon PRK Sungai Besar) juga seorang doktor.

Beliau juga membidas calon BN Mastura Mohd Yazid, yang menurut akan berdiam diri di Parlimen.

Katanya, beliau boleh memberi jaminan bahawa calon BN tidak akan bercakap di Parlimen untuk rakyat, kerana dakwanya, ahli Parlimen lelaki (Umno dan BN) pun tidak berani bersuara dan membangkitkan masalah yang melibatkan kerajaan.

Menurutnya lagi, bukan sahaja ahli-ahli Parlimen itu tidak membangkitkan isu-isu, malah bekas Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) telah disingkirkan selepas bercakap menentang perdana menteri.

Tambahnya, menteri kabinet (Datuk Seri Shafie Apdal) dan menteri besar Kedah (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) juga disingkirkan.

Dalam pilihan raya umum 2013, BN menang di Kampung Ketior, sebuah daerah mengundi kecil dengan 493 pengundi. BN memperolehi dalam 57.2 peratus undi di situ.

Ketika dihubungi, Dzorif, 39, memberitahu Malaysiakini melalui mesej teks bahawa beliau tidak boleh membuat kenyataan akhbar dan tidak mahu mengulas mengenainya.

Sementara itu, ibu tiri Termizi, Raja Nor Azian Raja Adenan dilaporkan berkata beliau gembira kerana anaknya bertanding di Kuala Kangsar.

Buletin AMANAH memetiknya sebagai berkata beliau gembira Termizi bertanding kerana beliau mahu membela rakyat dan anaknya itu berminat menyertai politik.

Katanya, Termizi menganggapnya sebagai ibuny sendiri.

Khamis, 9 Jun 2016

Pas kutuk gambar badut Abdul Hadi

Pas kutuk gambar badut Abdul Hadi
Poster gambar badut yang diubah suai daripada gambar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


BANDAR KUALA KANGSAR - Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria menyelar tindakan pihak menampal poster Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang diubah suai menjadi badut.

Tegasnya, provokasi tersebut merupakan tindakan terdesak bagi memburukkan Pas sempena kempen PRK Kuala Kangsar.

Menurutnya, tidak perlu melakukan perkara sedemikian kerana bukannya Abdul Hadi bertanding di Kuala Kangsar.

"Provokasi ini semuanya bermula daripada pemasangan 'billboard' semalam. Macam-macam mereka kata, cakap kita bersama Umno.

"Kalau kita mahu bersama Umno, kita tidak akan bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Macam mana boleh kata kita sokong Umno?

"Sekarang zaman politik matang. Kerja-kerja burukkan individu itu cerita lama," katanya kepada Sinar Harian.

Ketika ditanya adakah beliau tahu pihak yang melakukan provokasi itu, Razman menegaskan beliau tidak mahu menuduh mana-mana pihak.

Ujarnya, semua pihak seharusnya mengelak melakukan provokasi seperti itu kerana ia akan menimbulkan suasana tidak harmoni.

"Kita menyelar tindakan pihak melakukan provokasi seperti ini. Nampak mereka ini terdesak untuk meraih sokongan.

"Mereka bimbang dengan sokongan diterima Pas jadi mereka cuba lakukan pelbagai cara untuk cetus provokasi seperti ini," ujarnya.


Siasat siapa punya angkara, tegas Pas

SINAR HARIAN

Siasat siapa punya angkara, tegas Pas
Kontraktor-kontraktor menurunkan papan tanda kontroversi yang dipasang berdekatan lampu isyarat. - Foto Sinar Harian oleh SAHRIFUDIN ABDUL RAHIM


KUALA KANGSAR - Pas hari ini meminta polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat papan iklan kempen dipasang di sekitar kawasan pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, yang menuduh parti itu kini bergabung dengan Umno.

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata Pas bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit sekiranya polis membantu mereka melakukan siasatan.

"Papan iklan itu menuduh Pas sedang berusaha untuk bergabung dengan Umno serta dituduh turut bersekongkol dengan isu 1MDB (1Malaysia Development Berhad)," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata tindakan berbaur fitnah lebih menjurus kepada strategi pihak tertentu untuk meraih sokongan pengundi dengan memburuk-burukkan parti Pas.

PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Ahli Parlimennya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Pengundian PRK itu yang bakal berlangsung 18 Jun ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara BN, Pas, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Bebas. - Bernama


Ceramah Pakatan Harapan diganggu


‎Ceramah Pakatan Harapan diganggu


KUALA KANGSAR - Ceramah Pakatan Rakyat di Taman Sri Emas malam tadi dicemari dengan insiden gangguan hampir empat lelaki di sini.

Kesemua pemuda itu mendakwa penduduk di taman ini.

Kekecohan pertama berlaku kira-kira jam 8.40 malam, ketika Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar sedang berucap.

Kejadian itu menyebabkan Sivakumar terpaksa berhenti selepas seorang lelaki hadir di hadapan pentas dengan menyatakan bahawa ceramah itu mengganggu ketenteraman awam.

Ceramah itu kemudiannya dihentikan selama 15 minit.

Gangguan kedua pula berlaku ketika Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke sedang berucap, kira-kira jam 9.30 malam.

Sekempulan pemuda itu menyatakan alasan yang sama iaitu ceramah ini mengganggu penduduk dan meminta semua ceramah tidak kira daripada Pakatan Harapan, BN dan Pas bermula jam 10 malam bagi menghormati bulan Ramadan.

Setiausaha Agong PKR, Rafizi Ramli ketika ditemui Sinar Harian selepas berucap di pantas sama berkata, beliau berharap semua yang terlibat dalam berkempen memahami latar belakang budaya masing-masing.

"Memang betul memang Islam nak solat sebagainya. Mungkin yang bukan Islam ada ruang dia juga asalkan masing-masing tahu batasan.

"Kalau boleh kita cuba elakkan berlakunya sebarang gangguan," katanya.


Rabu, 8 Jun 2016

Nizar pertahan kenyataannya tentang 'ketentuan ilahi'

Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin mempertahankan kenyataannya bahawa pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar adalah untuk 'mengajar' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid atas peranan mereka dalam krisis Perak pada 2009.

Itulah bagaimana beliau melihat kaitan antara krisis Perak pada 2009 yang menyaksikan kejatuhan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan PRK tersebut, yang secara kebetulan, kedua-duanya di Kuala Kangsar, katanya.

Nizar berkata ia adalah intepretasi peribadi beliau mengapa Kuala Kangsar yang dipilih dan bukannya kawasan Parlimen lain.

"Jadi, saya hanya berkata bahawa kedua-dua kes ini mungkin ada kaitan. Itu sahaja," kata Nizar kepada Malaysiakini ketika ditemui di bandar diraja itu semalam.

"Saya mungkin salah, tetapi secara kebetulan ia berlaku di bandar yang sama," kata beliau sambil menambah bahawa kedua-dua insiden itu berlaku dengan izin Allah.

Oleh itu, Nizar enggan menarik balik kenyataannya itu atau memohon maaf, sambil menambah bahawa tidak timbul soal untuk bertaubat, katanya.

Bekas menteri besar itu melihat pilihan raya kecil itu sebagai untuk 'mengaja'r Najib dan Zahid atas peranan mereka dalam krisis, yang menyaksikan BN mengambil alih kerajaan negeri Perak.

Zahid berharap pemimpin AMANAH itu akan bertaubat, dan taubatnya akan diterima oleh Allah.

Selasa, 7 Jun 2016

PAN guna isu lapuk tarik sokongan rakyat - Shamsul

Oleh Muhammad Asyraf Azlan
Post Pic


SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (PAN) menggunakan sentimen agama mendapat sokongan rakyat di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar kata seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional Perak.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, PAN sudah mula takut dan sedar bahawa mereka tiada kekuatan di Kuala Kangsar sehingga terpaksa menggunakan kalimah 'Allah' sebagai modal berkempen.

Beliau berkata demikian ketika membidas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang mendakwa Allah sengaja memilih Kuala Kangsar untuk diadakan PRK bagi 'mengajar' pimpinan Umno-BN kerana merampas negeri itu daripada Pakatan Rakyat (PR) pada Februari 2009.

Menurut Nizar, PRK yang akan berlangsung 18 Jun depan adalah peluang kepada penduduk Kuala Kangsar sekali lagi memilih parti yang dirasakan benar-benar mahu berkhidmat kepada rakyat.

"Nizar nampaknya cuba menggunakan sentimen agama bagi menarik sokongan rakyat. Malah menyatakan Allah memilih PRK di Kuala Kangsar bagi mengajar BN merampasnya.

"Saya fikir tidak sepatutnya (perkataan itu) dikeluarkan dan mengunakan perkataan Allah untuk menarik sokongan adalah tidak sesuai sama sekali dalam PRK dan ini menunjukan Amanah (PAN) dalam keadaan ketakutan kerana nampaknya Nizar tahu Amanah tiada kekuatan di sana," katanya kepada Antarapos melalui Whatsapp.

Shamsul juga menyifatkan PAN ketandusan isu di PRK Kuala Kangsar apabila terpaksa membangkitkan sejarah ketika Barisan Nasional (BN) merampas kerajaan negeri Perak dari Pakatan Rakyat pada tahun 2009.

Katanya, isu yang diangkat PAN ini sudah lama dilupai oleh pengundi di samping kerajaan BN telah banyak menjalankan pembangunan dan kebajikan sejak mengambil alih dari Pakatan Rakyat.

"Kenyataan Nizar hanya  menunjukkan bahawa Amanah (PAN) ketandusan isu dlm PRK Kuala Kangsar ini. Malah isu berkenaan telah lama dilupai oleh pengundi disini.

"Apa tah lagi pembangunan dan kebajikan serta pelbagai program Kerajaan BN Perak lakukan sejak mengambil alih kerajaan Perak memberikan banyak kebaikan pada rakyat menyebabkan rakyat sudah lupa isu berkenaan malah bersyukur BN dapat memerintah Perak,"katanya lagi.

BN merampas kerajaan negeri Perak dari Pakatan Rakyat pada 2009, selepas Sultan Perak ketika itu, Sultan Azlan Shah, menolak permohonan Nizar untuk membubarkan Dewan berikutan tiga ADUN - dua dari PKR dan satu dari DAP - meninggalkan parti masing-masing untuk menjadi wakil Bebas yang mesra BN

BN Perak nafi upah paraglider

FREE MALAYSIA TODAY


Zambry berkata, pihaknya langsung tidak tahu-menahu mengenai paraglider berkenaan. 


ZAMBRY


KUALA KANGSAR: BN Perak tidak mengupah paraglider untuk membawa bendera parti itu semasa proses penamaan calon PRK Kuala Kangsar Ahad lepas.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pihaknya langsung tidak tahu-menahu mengenai paraglider berkenaan.

“Kita tidak tahu apa-apa mengenainya dan kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan jentera PRK Kuala Kangsar hari ini.

Semalam, jurucakap polis bagi PRK Kuala Kangsar, ACP Shaharon Anuar Abdul Latiff berkata, hasil siasatan awal mendapati paraglider terbabit tidak mendapat sebarang kelulusan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Mengulas mesyuarat hari ini, Zambry yang juga Menteri Besar Perak berkata, ia dibuat bagi menyelaras semua program yang telah diatur sepanjang kempen.

PRK Kuala Kangsar akan berlangsung pada 18 Jun ini berikutan kematian ahli Parlimennya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Ia bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon BN, PAS, AMANAH dan Bebas.
Parlimen Kuala Kangsar mempunyai 32,949 pengundi berdaftar.– BERNAMA

Bekas MB: Allah mahu orang Kuala Kangsar ‘ajar’ Najib dan Zahid

 
 
Pilihan raya kecil parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun ini diadakan berikutan nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, bulan lalu yang mengakibatkan penyandangnya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terbunuh.

Namun bagi bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, ada sesuatu sebab tersirat mengenai mengapa pilihan raya kecil itu terpaksa diadakan.

Berucap pada sesi ceramah di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, malam semalam, pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) itu berkata dirinya tertanya-tanya mengapa daripada 222 kerusi parlimen di negara ini, Allah memilih supaya pilihan raya kecil diadakan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

“Kenapa tidak pilih Melaka, Kedah, Negeri Sembilan, Johor, kenapa pilih Kuala Kangsar, Bandar Diraja?

“Bila saya fikir-fikir dengan mendalam, di sinilah buminya semasa saya diberikan amanah untuk menjadi menteri besar Perak, daripada Mac 2008 hingga Februari 2009.

“Di sinilah buminya yang mana kedua-dua makhluk ini datang merampas kerajaan Pakatan yang saya pimpin ketika itu. Siapa makhluk itu? Tak lain tak bukan (Datuk Seri) Najib (Razak) dan (Datuk Seri Ahmad) Zahid (Hamidi).

Dengan berbuat demikian, Nizar berkata, Najib dan Zahid tidak menghormati hak rakyat Perak yang telah memilih kerajaan Pakatan Rakyat.

“Kebiadapan Najib dan Zahid merampas kerajaan Perak ini di bumi Kuala Kangsar, maka Allah jadikan di bumi ini juga pilihan raya kecil terpaksa diadakan.

“(Ini) supaya orang Kuala Kangsar mengajar mereka kerana kamu kurang ajar kepada pilihan rakyat, kamu berlaku jahat, zalim kepada rakyat Perak,” katanya.

Justeru, Nizar yakin bahawa penduduk Kuala Kangsar akan mengajar dua pemimpin tertinggi negara itu.

“Orang Kuala Kangsar nak ajar kamu, bahawa mereka mewakili 30 juta rakyat Malaysia.

“Kami sudah tak mahu Najib, Zahid, kerajaan BN, betul tak betul?” soalnya sambil disambut tepukan daripada hadirin.

Nizar sehubungan itu, menyeru rakyat tempatan untuk menolak mana-mana calon yang mempunyai sebarang kaitan dengan BN dan sebaliknya menyokong calon Pakatan Harapan yang diwakili oleh AMANAH, iaitu Profesor Dr Ahmad Termizi Ramli.

Dr Ahmad Termizi akan berdepan dengan calon BN Datin Mastura Mohd Yazid yang mempertahankan kerusi mendiang suaminya.

Selain daripada Mastura, Termizi juga menghadapi saingan daripada calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.


BN merampas kerajaan negeri Perak dari Pakatan Rakyat pada tahun 2009, selepas Sultan Perak ketika itu, Sultan Azlan Shah, menolak permohnan Nizar untuk membubarkan Dewan.

Nizar terpaksa membuat permohonan itu selepas tiga ADUN - dua dari PKR dan satu dari DAP - meninggalkan parti masing-masing untuk menjadi wakil Bebas yang mesra BN.

Almarhum Sultan Azlan memetik Perlembagaan Negeri Perak yang menyatakan bahawa berdasarkan budi bicara baginda, Nizar tidak lagi mendapat sokongan majoriti DUN susulan pembelotan itu.

Nizar membawa perkara itu ke mahkamah tetapi pada bulan Februari 2010, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Datuk Seri Zambry Abdul Kadir adalah menteri besar yang sah, selepas dilantik BN yang mempunyai majoriti di DUN Perak.


PAS tak mampu menang PRK Kuala Kangsar - Mat Sabu

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA KANGSAR: Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu meminta rakan-rakannya dalam PAS supaya memilih Dr Ahmad Termizi Ramli sebagai Ahli Parlimen Kuala Kangsar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan tersebut kerana mendakwa parti Islam berkenaan tidak mampu menyaingi Barisan Nasional (BN) secara bersendirian.
 
Mohamad atau Mat Sabu berkata, berdasarkan pengalamannya selama 37 tahun dalam PAS yang berakhir sebagai timbalan presiden, parti itu sukar untuk memenangi pilihan raya jika hanya mengharapkan undian daripada bangsa Melayu sahaja.
 
Menurutnya, tidak dinafikan PAS mempunyai ramai ahli yang tidak mengharapkan sebarang imbuhan untuk menghadiri penamaan calon atau perhimpunan, tetapi untuk menewaskan BN dalam PRK Kuala Kangsar ahlinya perlu memilih calon PAN.
 
"Saya bukan pemimpin cokia (tidak terkenal) dalam PAS tetapi saya begitu aktif sejak 1978 sehingga dipilih menjadi naib dan timbalan presiden.
 
"Berdasarkan pengalaman ini selepas menempuh pelbagai PRK dan Pilihan Raya Umum, saya dapati adik-adik saya dalam PAS perlu memilih calon Amanah (PAN) jika ingin menewaskan BN.
 
"Maafkan saya, PAS tidak mampu untuk menang dalam pilihan raya ini" katanya ketika berceramah di Pusat Daerah Mengundi Sayong Lembah di sini pada Isnin malam.
 
Turut hadir ialah Ahmad Termizi; bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Sr Ismail Salleh.
 
Sementara itu, Ahmad Termizi yang turut berucap mengakui beliau merupakan pengundi bagi Parlimen Shah Alam.
 
"Saya memang pengundi di Parlimen Shah Alam, tetapi saya mengundi di sana untuk menyokong bekas rakan serumah saya iaitu Ahli Parlimen Shah Alam ketika ini, Khalid Abdul Samad.
 
"Saya juga pernah menjadi pengundi Gelang Patah sebelum itu. Tetapi apa yang penting sekarang ialah saya anak kelahiran Kuala Kangsar.
 
"Nenek moyang, bapa dan saya sendiri dilahirkan di sini. Cuma bila melanjutkan pelajaran saya keluar menimba ilmu di luar dan bekerja di Kuala Lumpur," jelasnya.
 
Tambahnya, bagaimanapun kini telah tiba masa untuk beliau kembali berkhidmat  kepada orang kampungnya dan membantu mereka sebagai Ahli Parlimen Kuala Kangsar.
 
 

Isnin, 6 Jun 2016

Lim akui 4 penjuru beri kelebihan pada BN

Bernama   
 
 
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengakui bahawa pertandingan empat penjuru bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) untuk menang.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata ini dapat dilihat apabila PAS yang kini bukan lagi sekutu DAP lebih bersedia menentang pembangkang sendiri dalam pertandingan itu berbanding menentang BN.

"Tentu di sini kita lihat ada kelebihan pada BN. Lebih-lebih lagi bila sekarang PAS tak lawan BN lagi, PAS nak lawan pembangkang saja, jadi tentu ini beri kelebihan kepada BN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Medan Selera Perkampungan Permatang Tinggi di Bukit Mertajam hari ini.

Lim yang enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu berkata pihaknya menyerahkan kepada rakyat untuk membuat pilihan dan akan terus berusaha dan membantu jentera Parti Amanah Negara (Amanah) dalam pilihan raya itu.

PRK Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Barisan Nasional (BN), PAS, Amanah dan Bebas.

Calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid akan ditentang Ketua Dewan Muslimat PAS Perak Dr Najihatussalehah Ahmad, Naib Ketua Amanah kawasan Kuala Kangsar Prof Dr Ahmad Termizi Ramli, dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas).

PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei.

Parlimen Kuala Kangsar mempunyai 32,949 pengundi berdaftar terdiri 22,496 Melayu, Cina (7,757), India (2,287), dan selebihnya ialah Bumiputera Sarawak, Bumiputera Sabah, dan Orang Asli.

Pengundian diadakan pada 18 Jun ini.