Selasa, 7 Jun 2016

BN Perak nafi upah paraglider

FREE MALAYSIA TODAY


Zambry berkata, pihaknya langsung tidak tahu-menahu mengenai paraglider berkenaan. 


ZAMBRY


KUALA KANGSAR: BN Perak tidak mengupah paraglider untuk membawa bendera parti itu semasa proses penamaan calon PRK Kuala Kangsar Ahad lepas.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pihaknya langsung tidak tahu-menahu mengenai paraglider berkenaan.

“Kita tidak tahu apa-apa mengenainya dan kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan jentera PRK Kuala Kangsar hari ini.

Semalam, jurucakap polis bagi PRK Kuala Kangsar, ACP Shaharon Anuar Abdul Latiff berkata, hasil siasatan awal mendapati paraglider terbabit tidak mendapat sebarang kelulusan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Mengulas mesyuarat hari ini, Zambry yang juga Menteri Besar Perak berkata, ia dibuat bagi menyelaras semua program yang telah diatur sepanjang kempen.

PRK Kuala Kangsar akan berlangsung pada 18 Jun ini berikutan kematian ahli Parlimennya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Ia bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon BN, PAS, AMANAH dan Bebas.
Parlimen Kuala Kangsar mempunyai 32,949 pengundi berdaftar.– BERNAMA

Tiada ulasan: