Peratus
keluar mengundi setakat jam 4 petang ialah 76.14 peratus. Ini bermakna
peratus keluar mengundi akhir kemungkinan mencecah 80 peratus, sekali
gus paling tinggi dalam 10 PRK yang berlangsung selepas PRU ke-14.
PRK
terakhir yang menyaksikan jumlah keluar mengundi yang tinggi adalah PRK
Rantau pada April tahun, iaitu sebanyak 79.31 peratus.
Terima kasih kerana mengikuti liputan langsung pengundian PRK Kimanis bersama Malaysiakini.
Untuk liputan langsung keputusan PRK, ikuti kami di pautan ini: (klik di sini)
Bung Moktar syak ada pembelian undi
4.29 petang - Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin menimbulkan kebimbangan berlaku pembelian undi.
Beliau mendakwa aktivis BN melihat kira-kira 100 orang beratur di sebuah rumah di Bongawan, Kimanis.
"Sekitar
100 orang sedang berbaris di sebuah rumah hari ini, saya minta mereka
(pekerja parti saya) untuk mengambil gambar. Saya tidak tahu sama ada
mereka (yang beratur) dapat ganjaran atau tidak," katanya.
Ditekan
sama ada ia melibatkan wang, Bung berkata dia tidak pasti tetapi
mempersoalkan mengapa orang akan berbaris di sebuah rumah pada hari
pengundian.
"Kami tidak mempunyai bukti kerana kami tidak dibenarkan masuk
tetapi kami mengesyaki (ada pembelian undi) sebab itulah kami menghantar
peguam kami membuat laporan polis," katanya.
BN gesa penyokong keluar mengundi
3.45 petang - Sumber BN mempercayai bahawa lebih ramai penyokong BN keluar mengundi berbanding dengan peratusan keluar mengundi.
Mereka menganggarkan jumlah penyokong BN sekitar 7.5 peratus lebih tinggi daripada purata.
Bagaimanapun, ia masih kurang daripada sasaran mereka untuk 80 peratus keluar mengundi.
Pengundian hanya kira-kira lebih sejam saja lagi.
Lebih 70 peratus keluar mengundi
3 petang: Sebanyak 70.20 peratus keluar mengundi setakat jam 3 petang.
Peratusan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil sebelum ini di Tanjung Piai adalah sebanyak 74.43 peratus.
Berbaki dua jam lagi, jumlah peratusan keluar mengundi di Kimanis mungkin mengatasi PRK Tanjung Piai.
Jumlah pengundi juga jauh lebih tinggi berbanding pilihan raya kecil Sandakan.
Sandakan,
yang merupakan pilihan raya kecil pertama di Sabah selepas pilihan raya
umum 2018, hanya menyaksikan peratusan keluar mengundi sebanyak 54.4
peratus.
Shafie puas hati perjalanan pilihan raya
12.30 tengah hari: Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal berpuas hati dengan proses pengundian yang berjalan lancar pagi ini.
Beliau berharap proses demokrasi ini berlangsung dengan tenang bagi membolehkan pengundi menunaikan tanggungjawab.
"Kita
minta semua turun mengundi menunaikan tanggungjawab," katanya ketika
ditemui di Sekolah Kebangsaan Kelatuan bagi memantau perjalanan pilihan
raya kecil (PRK) Kimanis.
SPR terima empat aduan kesalahan pilihan raya
10.34 pagi: Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) menerusi Twitter memaklumkan menerima empat aduan
kesalahan pilihan raya sepanjang tempoh berkempen.
Satu kesalahan membabitkan pemasangan bahan kempen pada premis awam yang didakwa dilakukan Warisan.
Satu lagi kesalahan didakwa dilakukan BN iaitu memasang bahan kempen di luar kawasan parlimen Kimanis.
Dua lagi didakwa dilakukan BN membabitkan pemasangan bahan kempen yang melanggar Seksyen A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
SPR juga memaklumkan sebanyak 28 laporan polis telah dibuat setakat jam 8 pagi ini.
Sementara itu, SPR berkata sebanyak 31.22 peratus telah keluar mengundi setakat jam 10 pagi.
Ringkasan MAKLUMAT Laporan Kesalahan Sepanjang Kempen Pilihan Raya
Kecil (PRK) Parlimen P.176 Kimanis, Sabah bertarikh kamu makin sukses 18
Januari 2020 pic.twitter.com/WfLXeYwpok & mdash; Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) 18 Januari 2020
Shafie lawat pusat mengundi
10.30 pagi - SMK Bongawan: Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden Warisan, Shafie Apdal melawat pusat mengundi dengan membonceng motosikal.
Najib kongsi video pengundi didakwa terima rasuah
9.30 pagi
- Bekas perdana menteri Najib Razak berkongsi rakaman video yang pada
asalnya disiarkan oleh Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki malam tadi.
Rakaman
video itu menunjukkan seorang pengundi warga tua yang berasal dari
Membakut mendakwa menerima sogokan RM385 dari Warisan pada malam sebelum
mengundi.
Tiga kembar teruja
9.15 pagi - SK Our Lady of Fatima, Batu 6: Tiga
pengundi kembar Zakaria Muhamud, Zaidi Muhamud dan Zaki Muhamud teruja
dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di PRK Kimanis hari ini.
Ditanya
mengenai harapan terhadap calon yang bertanding, Zakari berkata dia
berharap wakil rakyat yang dipilih nanti dapat menjalankan tugas dengan
amanah.
Pemuda berusia 34 tahun itu berharap agar lebih banyak
lagi peluang pekerjaan dapat ditawarkan buat anak muda serta masalah
pendatang tanpa izin dapat ditangani dengan berkesan.
9.14 pagi - SK Our Lady of Fatima, Batu 6 : Calon BN, Mohamad Alamin menunaikan kewajipannya sebagai salah seorang pengundi berdaftar di Kimanis.
Mohamad yang tiba dengan ditemani penyokongnya beramah mesra dengan orang ramai telebih dahulu sebelum mengundi.
Ketika ditemui media selepas itu, beliau meluahkan rasa berpuas hati dengan proses pengundian yang berlangsung setakat pagi ini.
Tambah Mohamad, beliau berharap proses pengundian berjalan lancar sehingga selesai.
9 pagi- SK Kimanis: Calon Warisan, Karim Bujang tiba di pusat mengundi.
Kata Karim, beliau gembira kerana telah menunaikan kewajipannya sebagai salah seorang pengundi di situ.
"Saya lega kerana dua minggu tempoh kempen telah berakhir," katanya kepada media.
Beliau
berharap pengundi akan keluar awal untuk mengundi kerana hujan dijangka
pada sebelah petang seperti diramalkan Jabatan Meteorologi Malaysia.
Ramai pengundi keluar awal
8.10 pagi - SK Mandahan: Hampir seratus pengundi sudah tiba di pusat pengundian Kimanis Mandahan.
Mereka beratur sambil menunggu giliran untuk mengundi.
Bercakap kepada Malaysiakini, Asbi Ahmad berkata beliau dibawa ke pusat mengundi itu bersama-sama pengundi lain oleh seorang pemandu.
Katanya, pemandu berkenaan diberikan RM50 sehingga RM60 wang sagu hati untuk bayaran petrol bagi mengambil pengundi.
"Dalam kes kami, pemandu membawa 10 pengundi ke pusat mengundi," kata petani berusia 58 tahun itu.
Beliau
berkata bayaran itu dianggap berpatutan memandangkan daerah mengundi
itu adalah besar dan sesetengah mereka tinggal sejauh 10 kilometer dari
tempat mengundi.
"Selain itu, terdapat pengundi kurang upaya dan warga tua," katanya.
Beliau berkata sesetengah pengundi tinggal di luar Kimanis dan menetap sejauh 40 kilometer dari kawasan itu.
Namun, beliau enggan mendedahkan parti mana yang menampung kos pengangkutan untuk para pengundi berkenaan.
Asbi
berkata beliau akan mengundi Warisan kerana mahukan pembangunan dan
infrastruktur yang lebih baik, termasuk jalan berturap dan bekalan air
yang bersih.
Katanya, beliau memberikan kepercayaan penuh kepada
kerajaan untuk mengendalikan isu Pas Sementara Sabah (PSS) dan isu-isu
pendatang asing.
"Tidak mungkin kerajaan melakukan sesuatu yang menindas rakyat," katanya.
Proses pengundian bermula
7.30 pagi: Proses pengundian bagi pilihan raya kecil (PRK) Kimanis bermula secara rasmi.
PRK Kimanis menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon BN Mohamad Alamin dan Karim Bujang dari Parti Warisan Sabah.
BN disokong oleh PAS dan parti pembangkang di Sabah manakala Warisan mendapat sokongan Pakatan Harapan (PH).
Kempen PRK Kimanis bermula pada 4 Jan dan berlangsung selama dua minggu.
Pilihan
raya kecil ini diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya membatalkan
kemenangan Anifah Aman di Kimanis pada 2018 dengan alasan Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) gagal mematuhi prosedur pilihan raya.
Anifah, yang mewakili BN, memenangi kerusi itu dengan majoriti tipis 156 undi.
Beliau
memperolehi 11,942 undi berbanding Karim yang memperolehi 11,786 undi,
manakala seorang lagi calon, Jaafar Ismail menerima 1,300 undi.
Terdapat seramai 29,664 pengundi yang layak mengundi dalam pilihan raya kecil ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan