Hasimi Muhamad
Ahli
Parlimen Gua Musang itu dalam sidang media di Parlimen mendakwa
pengharaman UMNO oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Pendaftar
Pertubuhan Malaysia ketika itu adalah tidak sah - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR:
Selepas lebih 30 tahun, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini meluahkan rasa
yang terbuku di hatinya berhubung pengharaman UMNO pada 1988.
Ahli
Parlimen Gua Musang itu dalam sidang media di Parlimen hari ini
mendakwa pengharaman UMNO oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan
Pendaftar Pertubuhan Malaysia ketika itu adalah tidak sah.
Sebaliknya,
dakwa Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li, pembatalan
UMNO dibuat berlandaskan politik demi menyokong kepimpinan semasa.
Jelas
beliau lagi, susulan pengharaman UMNO ketika itu, sebuah parti baharu
atas nama sama telah dibentuk oleh mereka yang bertanggungjawab terhadap
pembatalan parti Melayu itu.
"Ini
telah menimbulkan banyak masalah bukan sahaja kepada mereka yang tidak
dapat menyertai UMNO baru sesudah UMNO asal diharamkan.
"Oleh
kerana kita pada ketika itu adalah ahli-ahli yang aktif yang memegang
jawatan dan menjadi ahli-ahli Parlimen, dan ramai antara kita yang dalam
kerajaan, saya nampak pembatalan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan
adalah tidak mengikut Akta Pertubuhan 65, yang diberi kuasa di bawah
akta tersebut.
"Juga kita berfikir, penghakiman yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi mengharamkan UMNO juga di luar bidang jurisdiction dan sepatutnya peguam yang mewakili UMNO melarang hakim daripada membuat keputusan sedemikian rupa.
"Tetapi
sebaliknya peguam itu pun kalah, UMNO diharamkan walhal ia mewakili
UMNO itu sendiri," katanya pada sidang media di Bilik Media di Parlimen,
pada Selasa.
UMNO diisyhtiharkan sebagai sebuah pertubuhan haram oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari, 1988.
‘Pengharaman’
itu berpunca daripada tindakan sekumpulan ahli-ahli UMNO yang dikenali
Kumpulan 11 yang memihak kepada Tengku Razaleigh mengambil tindakan
undang-undang untuk mencabar keputusan pemilihan parti yang telah
berlangsung pada 24 April 1987.
Mengulas
mengenai tempoh masa 30 tahun, Ku Li berkata pakar-pakar perundangan
dan peguam telah melakukan kajian terperinci berhubung pengharaman UMNO
itu.
Justeru tegasnya, mengikut prinsip nullity, UMNO tidak seharusnya diharamkan.
"Sekarang
timbul masalah, jika UMNO asal tidak haram dan tak sepatutnya
penghakiman dilakukan sebagaimana dilakukan tempoh hari, maka apa jadi
kepada UMNO sekarang?
"Jadi saya tak mahu
menjawab bagi pihak UMNO sekarang, itu terserah kepada mereka yang ada
tetapi saya hanya mementingkan kedudukan UMNO yang disalah hukum oleh
mahkamah.
"Ia tidak pernah melanggar
mana-mana satu undang-undang negara, tidak pun melakukan sesuatu yang
salah dari segi pentadbiran. Maka, tidak ada sebab mengapa pendaftaran
badan ini dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan," katanya lagi.
Dalam
masa sama, Ku Li berkata beliau hanya bersendirian menggerakkan perkara
tersebut, selain berharap Dewan Rakyat boleh membahaskan mengenainya.
Untuk
rekod, dua minggu selepas keputusan mahkamah, Tun Dr Mahathir Mohamad
yang merupakan Perdana Menteri ketika itu mengumumkan pendaftaran UMNO
Baru.
Tengku Razaleigh kemudian memutuskan untuk membentuk parti baharu yang menumpukan kepada "semangat 1946".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan