Rabu, 22 September 2021

14,990 kes Covid-19, Selangor kembali tertinggi

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 14,990 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 2,142,924 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kembali mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 2,414 kes.

Ia diikuti Johor dengan 1,880 kes, Sarawak (1,712), Kelantan (1,573), Perak (1,490), Pulau Pinang (1,224), Sabah (1,199), Kedah (1,007), Terengganu (852), Pahang (688), Kuala Lumpur (338), Melaka (313), Negeri Sembilan (170), Perlis (97), Putrajaya (30) dan Labuan (3).

BERITA LANJUT MENYUSUL

Tiada ulasan: