Isnin, 27 September 2021

Adik maut, abang cedera ditimpa pokok

 Oleh NURAINA HANIS ABD. HALIM

PETALING JAYA: Kanak-kanak berusia 10 tahun maut manakala abangnya cedera selepas ditimpa pokok ketika mandi di Serendah River dekat sini, petang hari ini.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa dikatakan mandi bersama abangnya yang berusia 11 tahun di lokasi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 2.39 petang.

Menurutnya, sepasukan sembilan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa  ke lokasi.

“Sebaik sahaja tiba, kami mendapati pokok menimpa dua kanak-kanak lelaki terbabit.

“Kedua-dua mangsa dibawa ke hospital oleh orang awam,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: