Selasa, 28 September 2021

10,959 kes baharu, Selangor 959, terendah dalam tempoh 70 hari

Kit Ujian Kendiri Covid-19 yang dijual dengan harga RM19.90 di Pusat Perniagaan Dan Farmasi sekitar Taman Sri Gombak baru-baru ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

KES harian COVID-19 di Malaysia terus mencatatkan penurunan ketara apabila 10,959 kes baharu dilaporkan hari ini.

Angka tersebut merupakan yang terendah dalam tempoh 70 hari.

Kali terakhir Malaysia merekodkan jumlah lebih rendah daripada yang dilaporkan hari ini ialah pada 18 Julai lalu dengan 10,710 kes.

Berdasarkan data yang dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor merekodkan penularan bawah angka 1,000 dengan 979 kes.

Ini kali pertama Selangor merekodkan kes tiga angka dalam tempoh beberapa bulan yang mana awal bulan ini Lembah Klang masih merekodkan lebih 5,000 kes harian.

Selain Selangor, Kuala Lumpur turut merekodkan penurunan kes apabila 176 penularan dicatatkan hari ini.

Tertinggi masih Sarawak yang merekodkan 2,723 kes baharu dan diikuti Johor (1,226 kes).

Hari ini juga menyaksikan hanya dua negeri itu sahaja merekodkan kes melebii 1,000 kes.

Labuan pula kembali mencatatkan sifar kes baharu manakala Putrajaya merekodkan 18 kes dan Perlis (51 kes).

Pada masa sama, Negeri Sembilan yang sudah beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) merekodkan 110 kes.

Ketika ini kadar vaksinasi di seluruh negara sudah meliputi 83.7 peratus populasi dewasa.

Kecuali Sabah, semua negeri sudah mencatatkan kadar vaksinasi melebihi 60 peratus penduduk dewasa.

Berikut pecahan kes mengikut negeri.

Sehingga 27 September 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 10,959 kes (2,209,194 kes).

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 979 (673,129)
Sarawak – 2,723 (201,812)
Sabah – 751 (195,015)
Johor – 1,226 (191,996)
WPKL – 176 (185,278)
Kedah – 660 (132,331)
Pulau Pinang – 793 (127,688)
Kelantan – 983 (111,863)
Perak – 713 (99,667)
Negeri Sembilan – 110 (96,854)
Pahang – 739 (62,680)
Melaka – 346 (57,473)
Terengganu – 691 (53,678)
WP Labuan – 0 (9,954)
WP Putrajaya – 18 (6,079)
Perlis – 51 (3,697)

Tiada ulasan: