Isnin, 27 September 2021

Pekarangan Stadium Malawati dilanda banjir kilat

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS
PASUKAN penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam sedang memeriksa sebuah kenderaan ditenggelami air sedalam 1.2 meter di kawasan Stadium Malawati di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor, hari ini.

SHAH ALAM: Pekarangan Stadium Malawati di sini dan  kawasan berhampiran di Seksyen 13, di sini digenangi air selepas hujan lebih sejam di bandar raya ini.

Keadaan itu menyebabkan sebuah kereta ditenggelami air sebelum pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dari Balai Bomba Shah Alam tiba di tempat kejadian

Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis, memberitahu, seramai sembilan anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi kejadian.

Komander Operasi Balai Bomba & Penyelamat (BBP) Shah Alam, PBK II Redzuan Najib Ibrahim berkata, pasukan bomba ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 5.09 petang dan tiba kira-kira lapan minit kemudian.

“Air naik sehingga 1.2 meter) di beberapa kawasan tersebut. Terdapat sebuah kenderaan terkandas di dalam banjir, namun pemandu dapat keluar menyelamatkan diri, “katanya. – UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: