Nickyson Nyambar
Sebagai
Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin
berharap kerajaan kini tetap meneruskan agenda membantu rakyat dalam
peralihan fasa pandemik ke endemik ini. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR:
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap kerajaan sedia
ada akan meneruskan agenda untuk memulihkan negara dari pandemik
COVID-19 dan mengutamakan kebajikan rakyat seperti yang dilakukan oleh
pentadbiran terdahulu.
Beliau yang juga
Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) berkata, ini termasuk memberikan
perhatian terhadap mengangkat kembali sektor ekonomi negara dan
bukannya terhadap krisis politik yang berpanjangan.
"Saya
sudah 45 tahun dalam kancah politik, saya tahu politik, bukan saya
tidak tahu berbahas, hentam lawan (dalam politik). Tetapi saya tahu
rakyat susah, saya akan dimarahi kalau saya buat begitu kerana kes tidak
selesai tetapi kita bergaduh sesama sendiri, berebut kuasa.
"Kerana
itu, saya sebagai Perdana Menteri (dahulu) dan walaupun tidak lagi
kini, (fokus) adalah untuk membantu rakyat. Itu bagi saya paling
penting, paling utama. That is what we have been doing and I think we have been quite successful in that area," jelas beliau ketika ditemu bual dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Beliau
pada masa sama memuji langkah kerajaan di bawah pimpinan Perdana
Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang baru-baru ini memeterai
kerjasama dwipartisan menerusi memorandum persefahaman (MoU) bersama
Pakatan Harapan (PH) diatas dasar untuk membawa kestabilan kepada
negara.
"Bagi saya kalau itu dapat kita
lakukan tidak kira, asalkan tidak ada gangguan politik yang
berpanjangan. (Seperti) baru-baru ini yang saya lihat MoU Kerajaan dan
Pakatan Harapan dapat meredakan (keadaan) dan memberikan lebih masa
untuk menumpukan kerja induk.
"It is about recovery, itu penting bagi kita. Jadi itu kalau dapat kita kurangkan, kita dapat membantu rakyat," tambah beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan